Jetstar Asia, syarikat penerbangan tambang rendah yang
berpangkalan di Singapura dan telah beroperasi sejak 2004, secara rasmi akan
menghentikan semua operasinya pada 31 Julai 2025.
Kumpulan Qantas Australia sebagai
syarikat induk mengumumkan bahawa keputusan itu dibuat elepas bergelut dengan
peningkatan kos pembekal, yuran lapangan terbang yang tinggi dan persaingan
sengit di rantau Asia.
Meskipun pelbagai usaha telah dibuat, kumpulan itu
menyaksikan beberapa kos pembekal Jetstar Asia meningkat sehingga 200 peratus,
sekali gus mengubah struktur kos syarikat secara drastik.
Penutupan Jetstar Asia hanya melibatkan laluan intra-Asia
yang dikendalikan dari pangkalannya di Singapura. Ia tidak menjejaskan operasi
domestik dan antarabangsa Jetstar Airways di Australia dan New Zealand, mahupun
Jetstar Japan.
Qantas memaklumkan bahawa Jetstar Airways akan terus
beroperasi dari Australia ke destinasi di Asia, termasuk ke destinasi popular
di Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Korea Selatan.
Penutupan operasi tersebut menjejaskan kira-kira 500 orang
pekerja. Begitu pun, Qantas sedang giat bekerjasama mencari peluang pekerjaan
dalam kumpulannya dan bersama syarikat penerbangan lain di rantau ini.
Biarpun telah beroperasi 21 tahun
dan dianggap syarikat yang teguh serta berpengalaman, cabaran tidak diduga
sukar diramal. Pekerja yang terlibat tentu seperti tidak percaya nasib yang
bakal mereka lalui.
Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku, Bertabahlah.
No comments:
Post a Comment