Ikan kepar dan patung adalah spesies berbeza. Begitu juga
antara ikan patung dan temakang, masing-masing adalah spesies berbeza dan
masing-masing memiliki identiti yang tersendiri.
Belontia hasselti, yang dikenali sebagai ikan kepar berada di dalam keluarga
ikan sepat dan kaloi iaitu keluarga Osphronemidae. Antara identiti utama
keluarga ini ialah semua spesies memiliki sirip pelvik (sirip di perut) yang
kecil dan panjang.
Nama 'kepar' itu diambil bersempena nama kain kepar, sejenis
kain lama yang ada corak halus seperti bentuk dalam sarang lebah,di mana ikan kepar
memiliki corak tersebut di badan, sirip dan ekornya.
Pristolepis sp. secara umumnya dikenali sebagai ikan patung, ada dua spesies Pristolepis di Malaysia, iaitu Pristolepis grootii dan Pristolepis fasciata. Ikan patung boleh dibezakan dengan ikan kepar melalui bentuk kepala, corak di insang dan bentuk sirip.
Helostoma temminckii yang dikenali sebagai ikan temakang atau kissing Gourami kerana tabiatnya yang gemar "mencium" ikan temakang yang lain untuk menjaga wilayahnya. Ikan temakang mudah dikenali melalui bentuk fizikalnya yang kelihatan seakan lebih bersegi dan ada banyak jalur hitam halus yang melintang di badannya.
Anabas testudineus, yang dikenali sebagai ikan puyu atau climbing perch kerana kemampuannya menaiki ke darat dan bergerak di darat dalam tempoh yang agak lama (24 - 48 jam, bergantung kepada tempoh kelembapan di insang).
Oreochromis sp.,secara umumnya dikenali sebagai ikan tilapia (perkataan ini berasal dari Afrika), adalah spesies ikan pendatang dan invasif dari Afrika. Setakat ini ada 3 spesies yang diketahui ada dikomersialkan di Malaysia, iaitu Oreochromis niloticus (Nile tilapia), Oreochromis mossambicus (Mozambique tilapia), Oreochromis aureus (blue tilapia) dan ada satu spesies hybrid iaitu red tilapia.
Etroplus suratensis, yang dikenali sebagai ikan green chromide, salah satu spesies ikan pendatang dan invasif dari India. Ikan green chromide selalu disalah sangkakan sebagai ikan patung. Ikan ini amat mudah dikenali melalui bintik-bintik putih yang banyak di badannya, bentuk kepalanya juga lebih pendek berbanding ikan patung, dan sirip duburnya juga berbeza.
Kredit - Jejak Air Tawar (FB)
No comments:
Post a Comment