Pokok gajus ada
banyak nama. Gajus juga dikenali ketereh, jambu golok, jambu monyet, bunga
kesasar, kajus, janggus dan jambu terung. Perbezaan nama itu berdasarkan
panggilan di tempat yang berbeza.
Di Kelantan, gajus
lebih dikenali dengan nama ketereh. Bahkan ada terdapat tempat yang dinamakan
Ketereh.
Buah gajus semasa
muda berwarna hijau bertukar menjadi merah atau kuning mengikut jenisnya apabia
telah masak. Jenis berwarna merah dikatakan rasanya lebih sedap.
Keunikan dan
kelainan buah gajus berbanding buah-buah lain ialah bijinya berada di luar
buah.
Buah atau isi
gajus yang boleh dimakan mentah mahupun dibuat sayur. Buah gajus lembut dan
banyak mempunyai air. Rasanya kelat manis.
Memandangkan
rasanya kelat manis, buah gajus amat sedap jika dimakan dengan pencicih. Tidak
kisahlah menggunakan campuran gula, garam dan kicap atau campuran bahan lain
mengikut cita rasa masing-masing.
Buahnya boleh
dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong, penyakit kulit,
melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.
Selain dibuat jus,
buahnya juga boleh direbus untuk mendapatkan air rebusannya.
Buah gajus mampu
bertindak sebagai agen antikulat dan antibakteria. Ia juga mampu bertindak
sebagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit
terutamanya kulit terbakar atau pecah.
Biji gajus yang
dibuang kulit luar dan digoreng lebih dikenali sebagai kacang gajus. Kacang
gajus popular di negara kita sebagai snek mahupun dicampurkan dalam pembuatan
kek dan biskut.
Pucuk gajus yang
masih muda boleh dijadikan sebagai ulam dimakan bersama nasi. Ia mendapat
permintaan tinggi di kalangan peminat ulam sehingga ada pokok gajus yang
ditanam semata-mata untuk mendapatkan pucuk.
No comments:
Post a Comment