Perdebatan usia Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah
SAW yang menyebut ketika usia 6 tahun menjadi polimik dan bahan digunakan oleh
orentalis Barat untuk menuduh Rasulullah SAW sebagai gila seks dan seorang
pedofilia.
Aisyah satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang dikahwini
ketika masih anak dara, sedangkan yang lain sama ada berstatus balu mahupun
janda.
Jika, Rasulullah SAW tergolong gila seks, sudah pasti isteri-isteri
baginda dikahwini dari kalangan anak dara yang cantik dan golongan bangsawan.
Sesungguhnya perkahwinan Rasulullah bersandarkan kepada
kepentingan agama dan umnah, bukan kerana nafsu seks.
Riwayat dari Hisham bin Urwah, daripada Aisyah, bahawa
beliau berkata: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan
baginda SAW telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun”. (Riwayat Muslim, no.
hadis 2547)
Namun begitu, ada perdebatan mengenai hadis yang sanadnya
terdapat nama Hisham bin Urwah yang dikatakan menghadapi masalah ragu-ragu
dalam hafalan ketika usia tua, terutama semasa tinggal di Iraq.
Pendebatan para ulama menemukan umur Aishah bukan 6 tahun
ketika perkahwinan tetapi berumur dalam linkungan 14 - 16 tahun. Mereka
bersandarkan kepada hadis atau peristiwa lain yang boleh disabit berkaitan
usia.
Ibn Umar tidak dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana
beliau berumur 14 tahun ketika itu dan peperangan pertama yang disertainya
ialah Perang Ahzab. Oleh itu, had umur untuk menyertai satu-satu peperangan
ialah 15 tahun.
Jadi sekiranya Rasulullah SAW hanya membenarkan mereka yang
berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam peperangan, bagaimana
mungkin seorang kanak-kanak perempuan di bawah umur dibenarkan untuk turut
serta dalam peperangan?
Mengikut catatan sejarah, Aishah ikut serta dalam peperangan
Badar dan Uhud, bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas ketika itu.
Aisyah turut serta sewaktu Perang Uhud yang berlaku pada 15
Syawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi.
Berdasarkan riwayat jelas menunjukkan:
- Aishah mengikuti Perang Uhud dan umur beliau telah menjangkau 15 tahun ketika itu,
- Jika umur Aishah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15 tahun, maka Aishah dilahirkan pada 610 Masihi,
- Aishah berkahwin dengan Rasulullah pada 623 Masihi bersamaan 1 Hijrah bermakna pada ketika itu beliau berusia 14 tahun.
- Aishah mengikuti Perang Uhud dan umur beliau telah menjangkau 15 tahun ketika itu,
- Jika umur Aishah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15 tahun, maka Aishah dilahirkan pada 610 Masihi,
- Aishah berkahwin dengan Rasulullah pada 623 Masihi bersamaan 1 Hijrah bermakna pada ketika itu beliau berusia 14 tahun.

No comments:
Post a Comment