Friday, 3 April 2026

KAEDAH JAJARAN PERSEMPADANAN MALAYSIA-INDONESIA

 
Jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa Malaysia dan Indonesia dianggarkan sepanjang 2,064 kilometer (km)dan dibahagikan kepada dua sektor. Sektor Sabah - Kalimantan Utara (KALTARA) dianggarkan sepanjang 419.4 km; dan Sektor Sarawak - Kalimantan Barat (KALBAR) dianggarkan sepanjang 1,644.6 km.

Sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian.

Untuk keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Boundary Convensyen 1891. Untuk Sabah, Perjanjian Persempadanan antara kerajaan British dan kerajaan Belanda, Boundary Agreement 1915.

Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, Konvensyen Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di The Hague pada 26 Mac 1928, Boundary Convention 1928.

Buat masa ini hanya pengukuran sempadan Sektor KALTARA telah dimuktamadkan yang membabitkan 2 Outstanding Boundary Problem (OBP) iaitu:
- OBP Pulau Sebatik; dan
- OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai dalam Kawasan OBP B2700 – B3100.

Bagi OBP Pulau Sebatik, kerja kerja siasatan, penandaan dan pengukuran semula oleh pasukan ukur bersama kedua-dua negara telah dijalankan dari bulan Februari hingga November 2019.

Hasil pengukuran yang diperoleh mendapati jarak muktamad dari East Pillar ke New West Pillar 23.842 km manakala bagi OPB, Sungai Sinapat dan Sungai Sesai, kerja siasatan, penandaan, pengukuran yang dibuat sekali di antara pegawai pegawai pemetaan Indonesia dan Malaysia dilakukan hingga Ogos 2022 dan Oktober 2023. Itu jarak muktamad 11,545 kilometer.

Jadi proses pengukuran rundingan itu berjalan selama 47 tahun sejak 1977, diselesaikan secara berperingkat, tetapi pada hemat kita harus disegerakan untuk menjaga hubungan baik antara dua negara berdasarkan perjanjian dan konvensyen antarabangsa sepertimana disebut tadi.

Dalam semua perundingan ini, kalau terkait dengan Sabah, seperti juga Sarawak, Wakil Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Peguam Negeri Sabah, Jabatan Tanah, Jabatan Ukur Sabah, semua dilibatkan sepenuhnya.

Setiap inci tanah dirundingkan, disepakati oleh Kerajaan Sabah sebelum dimuktamadkan dengan Kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Maka sebab itu, setelah ini dimuktamadkan baru dirujuk ke Mesyuarat Ke-45 Jawatankuasa Sempena Bersama Indonesia Malaysia (JIM-45) pada 18 Februari 2025.

Melalui MoU tersebut, OBP Pulau Sebatik, keluasan Baharu yang diperoleh oleh Malaysia adalah sebanyak 0.05km persegi bersamaan 5 hektar (12 ekar); dan OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai, Malaysia memperoleh Kawasan tambahan seluas 7.8km persegi bersama 780 hektar (1,927 ekar).

OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai memang dalam kawasan Indonesia.

Keseluruhan kawasan pertikaian di OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai dalam kawasan OBP B2,700 dan B3,100 berjumlah 5,987 hektar dan kawasan ini sememangnya berada di kawasan pentadbiran Indonesia.

Sempadan di kawasan OPB berdasarkan prinsip yang terkandung, pada perjanjian 1915 iaitu 780 hektar jadi milik Malaysia. Tetapi 780 hektar, itu keluasan tambahan bagi Malaysia. 5,987 itu kekal di bawah milik Indonesia yang dimiliki oleh Indonesia sejak 1915.

Jadi sebahagian kecil dari tiga-tiga kampung yang dikenali sebagai Kampung Kabulanggalo, Kampung Lepaga, Kampung Tetagas, dengan sendirinya termasuk ke kawasan Malaysia.

Masih ada kawasan sempadan belum dimuktamadkan dan masa dalam proses perundingan dengan Indonesia. Umpamanya, isu 5 kawasan sempadan darat, kawasan intertidal di sektor Sabah Kalimantan Utara dan 4 kawasan Outstanding Boundary Problem di sektor Sarawak, Kalimantan Barat.

Jadi sebab itu kita harus terikat dengan perjanjian dan yang dapat dipertikai saya lihat itu di peta di belah bawah itu adalah kawasan dari awal sejak 1919 ditekankan dalam semua rekod kita menjelaskan ia tidak kita sahkan tapi tidak pernah kita tuntut sebagai milik Malaysia.

No comments:

Post a Comment