Wednesday, 8 September 2021

GINGKO BANYAK KEBAIKAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Pokok gingko menghasilkan gingko biloba yang terdapat dua unsur kimia yang bertindak sebagai ubat iaitu flavonoid dan terpenoid.
 
Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian haiwan menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.

Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.

Ginkgo juga dikenali sebagai "herba otak". Gingko meningkatkan aliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. Gingko membantu meningkatkan ingatan dan pemikiran dalam kalangan orang muda dan pertengahan umur yang sihat.

Didapati gingko memberi kesan positif kepada memori dan pemikiran serta memudahkan pengidap alzheimer atau demensia melakukan tugas seharian. 

Kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. Analisa menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko berjalan lebih jauh berbanding sebelumnya.  

Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga dipercayai boleh membantu memberhentikan atau mengurangkan beberapa masalah berkaitan retina, iaitu bahagian belakang mata.

Degenerasi makula yang berkaitan dengan faktor usia adalah penyakit mata yang memberi kesan kepada retina dan boleh menyebabkan buta. 

Melihat kepada hasil beberapa kajian, kegunaan gingko memberi harapan baharu bagi individu yang mempunyai masalah degenerasi makula untuk mengatasi masalah penglihatan mereka.

Kebaikan Gingko Biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser

No comments:

Post a Comment