RP Hydro (Kelantan) Sdn. Bhd terlibat membina projek
janakuasa hidro elektrik mini di Kemubu, Dabong. Loji janakuasa ini merupakan salah
satu daripada tiga tapak hidro kecil di sepanjang Sungai Galas, selain di Kuala
Gerik dan Serasa.
Inisiatif ini menggunakan teknologi turbin jenis 'bulb'
aliran rendah yang mesra alam dan mampu menjana tenaga sehingga 84 megawatt
(MW), satu jumlah yang sangat besar bagi loji berskala kecil.
Projek ini bukan sahaja membekalkan tenaga hijau di
Kelantan, malah menyumbang secara langsung kepada sasaran Tenaga Boleh
Diperbaharui (RE) negara iaitu 31% menjelang tahun 2027.
Tanpa memerlukan empangan besar, loji ini menghasilkan
tenaga bersih yang disalurkan terus ke grid nasional, sekaligus membantu
mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil dan menyokong
kelestarian alam sekitar.
Melalui projek yang dijalankan ini dengan pelbagai rantaian
sokongan, ia mampu menggerakkan ekonomi setempat dan membuka peluang pekerjaan
kepada masyarakat sekitar.
Kerajaan Negeri Kelantan komited untuk meneroka potensi
tenaga hijau sebagai salah satu sumber strategik ke arah masa depan yang lebih
lestari. Ia selaras dengan pendekatan yang inklusif, berpaksikan
kepentingan rakyat dan kelestarian alam,
Kelantan mampu muncul sebagai peneraju
negeri hijau di Malaysia.
No comments:
Post a Comment