Tuesday, 14 July 2020

LAICIKANG, BAHAN-BAHAN MEMBUATNYA

Laici kang  dianggap menu sihat kerana ada bahan-bahan yang diakui baik untuk kesihatan. Sebab itu ada yang menjadikan menu penting dalam menjaga kesihatan. Ada ibu yang menyusu anak menjadikan laici kang sebagai penggalak untuk menghasilkan susu badan.

Bahan asas laici kang juga dapat menyejuk badan, tambah-tambah lagi jika dicampurkan dengan ais.

Biasanya penggemar laici kang akan menikmatinya di restoran atau kedai makan. Sebenarnya tidak susah hendak sediakan laici kang sendiri. Memasak atau menyediakan laicikang semudah memasak menu lain asalkan ada bahan-bahan untuk membuatnya. 

Sebenarnya bahan membuat laici kang tidak semestinya 'lengkap'. Apa yang penting ialah ada beberapa bahan yang biasa terdapat di dalam menu hidangan laici kang. Ia mengikut citarasa atau bahan apa yang ada.

Bahan membuat laici kang boleh dibeli berasingan atau yang telah disediakan secara bercampur.

Kebaikan atau faedah mengamalkan laici kang:
- Mengatasi masalah badan panas.
- Membantu penghadaman.
- Menambah darah.
- Mengatasi masalah insomnia.
- Meningkatkan kesihatan kulit.

Dapatkan laici kang masak sendiri
 
Di Shopee
https://s.shopee.com.my/7AX5jmfst3?

No comments:

Post a Comment