Resdung atau sinusitis merujuk kepada
penyakit berkaitan hidung yang disebabkan oleh radang pada membran (selaput
nipis yang berliang) sinus.
Punca gejala resdung akibat jangkitan bakteria di hidung dan
rongga. Resdung juga menjangkiti mana-mana bahagian badan. Sinus adalah
rongga-rongga udara berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian
badan lain. Rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang
sangat kecil.
Biasanya lendir dihasilkan rongga
pada bahagian hidung setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika
aliran dari sinus tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman akan membiak dalam rongga sinus, yang menyebabkan
penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.
Ramai beranggapan rawatan penyakit
resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang
mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat.
Penyakit resdung sememangnya merbahaya
kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang
tertanggal telinga, hidung atau botak kepala kerana serangan resdung yang
serius.
Resdung merupakan sejenis penyakit
yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya,
mungkin ia sudah terlambat.
Mereka yang berisiko:
- Alah kepada habuk, debu dan
asap
- Alah kepada makanan laut
- Mempunyai ketumbuhan dalam
hidung
- Mempunyai dinding pemisah
hidung yang bengkok
- Mempunyai dinding hidung
yang besar
Antara tanda awal penyakit
sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga
mengalami sakit kepala di
bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud.
Hingus yang kuning kehijauan juga
boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan
batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga
sinus.
Tanda-tanda penyakit resdung
mengikut bahagian badan:
Rongga dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit
kepala
- Keguguran rambut
Rongga mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak
atau sakit
- Penglihatan kabur
Rongga hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah /
berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung
Rongga telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran
Rongga pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka
Rongga mulut
- Gusi bengkak / berdarah /
bernanah
- Gigi longgar / sakit
Dada
- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada /
belakang
- Gatal-gatal badan
Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak
Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam
No comments:
Post a Comment