
Aloe vera adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.
Jika dilihat pada struktur tumbuhan aloe vera
itu sendiri, bahagian luar daunnya yang keras dan tebal secara semula jadi
memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.
Jeli pada bahagian berkenaan mempunyai
pelbagai khasiat untuk manusia yang mana kebaikannya terutama pada kulit.
Keadaan itu dapat dilihat pada sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti
dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat.
Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan
terlindung daripada serangan bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan
terhasil apabila jeli itu digunakan untuk memelihara kulit manusia.
Berdasarkan beberapa kajian, aloe vera adalah
tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan
luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.
Antara komponen aktif yang terkandung dalam
tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan
mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi),
enzim serta asid amino.
Komponen terbaik aloe vera ialah mempunyai
sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus
dan kulat.
Tumbuhan ini juga berupaya menghalang
jangkitan kerana bersifat anti bakteria. Berfungsi memelihara kulit dan
membaiki sel yang rosak dan penghasilan kolagen dan protein yang mengawal
proses penuaan kulit dan kedutan.
Dapatkan produk aloe vera
No comments:
Post a Comment