Friday, 30 May 2025

SEJARAH IPG KAMPUS GAYA

 
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya terletak kira-kira dua kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Sejarah IPG Kampus Gaya bermula dengan nama Maktab Perguruan Gaya atau Gaya Teachers’ Trainning College yang telah ditubuhkan pada 4 April 1963 dan diterajui oleh En. J.E. Todd sebagai pengetua pertama.
 
Pada 22 Julai 1963, Maktab Perguruan Gaya dibuka secara rasmiya oleh Sir William Goode iaitu Gabenor North Borneo Colony yang terakhir.
 
Terletak di atas sebidang tanah berbukit seluas 19.4 hektar, kawasannya amat tenang dan selesa sebagai sebuah institusi pendidikan biarpun dikira terletak di kawasan bandar. Kedudukan yang dekat dengan bandar memberi kebaikan kerana terdapat banyak kemudahan sedia ada seperti pusat membeli belah dan Hospital Queen Elizabeth..
 
Di antara tahun 1963-1981, Maktab Perguruan Gaya di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Pada tahun 1981, sesuai dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran semua maktab perguruan di seluruh negara, tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan Institut Perguruan Gaya telah dipindahkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementeriaan Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
 
Pada 6 Mei 2006, Maktab Perguruan Gaya telah dinaiktaraf selaras dengan penjenamaan semula maktab perguruan di seluruh Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
 
Kurikulum dan sistem latihan yang dilaksanakan di IPG Kampus Gaya adalah sama seperti di institut-institut lain di Malaysia. Kurikulum perguruan ini meliputi bidang akademik, pengkaedahan, kokurikulum dan praktikum yang wajib diikuti oleh semua pelajar.

Baca juga:

 

No comments:

Post a Comment