Sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Indonesia adalah
berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian.
Untuk keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen
persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Boundary Convensyen 1891.
Untuk Sabah, Perjanjian Persempadanan antara kerajaan British dan kerajaan
Belanda, Boundary Agreement 1915.
Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, Konvensyen
Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di
The Hague pada 26 Mac 1928, Boundary Convention 1928.
Bagaimana penentuan jajaran persempadanan di kawasan
Outstanding Boundary Problem (OPB) Sungai Sinapat, Sungai Sesai yang menjadi
isu ketika ini adalah berdasarkan kepada Boundary Convention 1891 dan Boundary
Agreement 1915.
Prinsip yang terkandung dalam perjanjian ini adalah
penentuan kawasan berdasarkan kedudukan muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai
di garis latitude 4 darjah 20 minit utara (4⁰ 20'U) iaitu di utara garis
latitude 4 minit 20 utara (4⁰ 20'U), kawasan itu adalah di bawah British Sabah
manakala di selatan garis latitude 4 minit 20, (4⁰ 20'U) utara, kawasan itu
adalah di bawah Belanda yang kini dimiliki Indonesia.
Kerja-kerja persempadanan dimulakan pada tahun 1977 bersama
Indonesia dan Malaysia. Berdasarkan peta di dalam perjanjian tahun 1915,
kedudukan muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai berada di selatan garis
latitude 4 minit 20 utara (4⁰ 3 20'U).
Namun demikian hasil daripada pengukuran bersama yang
didapati Sungai Sinapat sebenarnya bermuara di utara garis latitude 4 minit 20
(4⁰ 20'U), bukannya di selatan. Maka, pada pandangan Malaysia, semua lembangan
sungai yang bermuara di utara garis latitude (4⁰ 20'U) tadi, adalah kepunyaan
Malaysia.
Kawasan OBP sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai kawasan
milik mana-mana negara kerana ia belum diputuskan oleh kedua-dua negara. Kerana
kawasan itu adalah kawasan rundingan dan penentuan sempadan yang masih belum
dimuktamadkan sejak dahulu lagi.
Penentuan sempadan ini tidak bersandarkan kepada prinsip
pampasan, timbal-balik atau untung-rugi seperti yang didakwa. Sebaliknya,
penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia adalah bersandarkan kepada
konvensyen dan perjanjian seperti dinyatakan di atas.

No comments:
Post a Comment