Hari ini, boikot amat sinonim dengan memulau pembelian produk, makanan
dan apa sahaja di syarikat ada kaitan dengan Israel yang sedang 'membantai'
Gaza.
Rasa kagum dengan semangat pihak yang konsisten memboikot produk atau
apa sahaja yang ada kaitan dengan Israel. Boikot ini bukan sahaja dilakukan
orang Islam, bahkan orang bukan Islam di seluruh dunia juga memboikot sebagai
solidariti terhadap rakyat Gaza akibat dizalimi Israel.
Maknanya,
boikot boleh menjadi alat sangat berkesan untuk menyuarakan ketidakpuasan dan
mempengaruhi perubahan.
Nampaknya
boikot telah melumpuhkan banyak perniagaan yang barkaitan sehingga menanggung kerugian
besar. Tidak kurang juga yang telah mengumumkan penutupan operasi.
Akibatnya
banyak pekerja yang terpaksa diberhentikan. Selain itu, syarikat yang menjadi
pembekal atau mempunyai kaitan dengan syarikat yang diboikot turut menanggung
kesan.
Pun
begitu, harapan untuk menekan agar Israel akan terkesan dengan boikot itu tidak
tidak tercapai. Israel terus membatai Gaza. Kemusnahan terus berlaku.
Kesan
boikot hanya ditanggung oleh pengendali operasi yang berkaitan. Hakikatnya, kerugian
tidak ditanggung oleh syarikat induk. Syarikat induk hanya pandapatan atau
keuntungan merosot.
Perbelanjaan
operasi syarikat fancais ditanggung sepenuhnya oleh francaisi atau pihak yang
diberikan hak mengendalikan operasi perniagaan tersebut.
Contohnya
KFC Malaysia dikendalikan oleh syarikat Malaysia. Yang menanggung kerugian
adalah syaraikat Malaysia. KFC induk di Amerika Syarikat tidak menanggung
apa-apa kerugian operasi. KFC induk hanya terlepas peluang untuk mendapat komisen
daripada KFC Malaysia, sedangkan bayaran lain masih diterima.
Syarikat
di Malaysia yang telah lama membantu rakyat di Malaysia kini tidak lagi mampu
berbuat demikian kerana mengalami kerugian. Sedangkan nasib rakyat Palestin
terus ditindas.
Teruskan
memboikot jika ada masih fikir ia depat menyelamatkan nyawa rakyat Palestin. Tetapi
jangan kerana isu boikot rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri. Di luar
negara pun boikot, tetapi rakyat di negara berkenaan tidak bergaduh sesama
sendiri. Ada yang boikot dan ada yang tidak boikot. Pilihan masing-masing.
No comments:
Post a Comment