Saturday, 27 April 2024

JAMBATAN TEMBURONG, BRUNEI

 
Jambatan Temburong merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Mula dibuka pada 2020, jambatan ini menghubungkan daerah Temburong dan Tanah besar Brunei
 
Lokasi Temburong terpisah dengan kawasan utama Brunei dari segi geografi oleh daerah Limbang, Sarawak berada di tengah-tengahnya. Jambatan empat lorong (dua laluan) itu dibina merentangi Teluk Brunei.  
 
Dengan wujudnya jambatan ini, rakyat Brunei di kedua-dua kawasan tidak lagi perlu melalui pemeriksaan imigresen di Sarawak jika mahu ke bahagian negara mereka yang satu lagi.
 
Jambatan sepanjang 30 kilometer ini juga dikenali dengan nama Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien dan dibina dengan kos USD 1.2b (B$ 1.6b / RM5.3b)
 
Pembinaan jambatan itu bermula pada 2014 dan dibukan pada 17 Mac 2020. Pada 14 Julai 2020, sempena ulang tahun keputeraan Sultan Hassanal Bolkiahyang ke-74, jambatan itu dinamakan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien sebagai penghormatan kepada ayahanda baginda.
 
Ini adalah satu-satunya jambatan jalan raya di negara ini yang menghubungkan secara langsung tanah besar dengan eksklaf Temburong, yang secara fizikal dipisahkan oleh daerah Limbang dan Teluk Brunei.
 
Jambatan itu membolehkan penumpang melakukan perjalanan antara dua wilayah tanpa perlu melalui Malaysia, memintas empat pusat pemeriksaan imigresen di sepanjang laluan tanah besar dan memendekkan masa perjalanan antara Temburong dan Bandar Seri Begawan.
 
Sebelum ini, satu-satunya sambungan terus antara ibu negara dan Bangar, bandar daerah itu, ialah melalui perkhidmatan teksi air, yang mengambil masa kira-kira 45 minit
 

No comments:

Post a Comment