Wednesday, 2 November 2022

Buktikan surat aku janji itu betul

 
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan wujudnya dokumen akujanji yang sedang tular, yang didakwa perlu ditandatangani calon UMNO dan BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Akujanji itu antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

Ia turut menyatakan ikrar untuk menyokong sebarang tindakan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN dalam sebarang perancangan dengan parti atau pakatan politik lain, jika UMNO dan BN gagal membentuk kerajaan secara sendiri selepas PRU15.

Penyebaran dokumen palsu itu adalah usaha jahat pihak tidak bertanggungjawab dan jelas sebagai perancangan memburukkan UMNO dan BN ketika musim PRU.

Kalau sudah tiada surat akujanji, maka bagaimana pula hendak ditunjukkan yang sebenar. Maknanya ia tiada. Yang ada hanyalah yang palsu.

Tidak mungkin pula perlu mereka atau menulis surat lain untuk memuaskan hati mereka yang ingin melihat surat yang sebenar. Kalau macam itu ia juga akan menjadi palsu. Kalau mencipta yang palsu untuk menafikan yang palsu, maka ia akan menjadi dua kali palsu dan itu adalah tanda kebodohan yang paling bodoh.

Kita terima dahulu bahawa ia adalah palsu berdasarkan kepada kenyataan Pengarah Komunikasi BN itu.

Kalau ada yang boleh buktikan bahawa memang ia adalah betul, bawakan bukti itu. Perlu ada calon yang menerima atau menandatangani akujanji itu membuat kenyataan bahawa itu adalah benar berdasarkan apa yang dia lakukan.

No comments:

Post a Comment