Salah satu destinasi hiking (kembara berjalan kaki) popular di
Jelebu, Negeri Sembilan ialah Bukit Batu Sawa. Dengan ketinggian hanya 333.33
meter dari paras laut, membolehkan hiking dilakukan
dalam dalam masa yang singkat dan disertai oleh kanak-kanak.
Kepada mereka yang belum pernah sampai di
tempat itu, boleh sahaja menggunakan aplikasi Waze dan taip sahaja
Bukit Batu Sawa Parking/Trailhead atau guna maps.
Hiking Bukit Batu Sawa dikira laluan mudah
dan boleh dilakukan secara santai. Memang sesuai untuk semua peringkat umur
(janji sihat dan bertenaga). Kalau berjalan laju dan tanpa henti hanya
mengambil masa kira-kira 20 minit boleh sampai di puncak. Paling lewat pun
kira-kira satu jam (itu kira santai sangat dan banyak berhenti berbanding berjalan).
Kenderaan boleh diletakkan di tepi jalan.
Tetapi, kena sampai awal. Kalau tidak ada tempat kosong, boleh letak di tempat
agak jauh sedikit, lebih kurang 10 minit berjalan kaki sebelum sampai tempat
permulaan pendakian. Tempat khas letak kereta yang dikenakan bayaran.
Bermula dengan berjalan di kebun getah.
Jalan sekejap sahaja sebelum memasuki kawasan hutan. Permulaan laluan agak
landai. Jadi tidak penat mana pun.
Terus berjalan sehingga terjumpa pencawang
elektrik ini. Jangan risau, laluan sangat jelas.
Kemudian akan jumpa beberapa laluan yang
bertali. Dari sini ambil masa dalam 10 minit untuk sampai ke puncak.
Teruskan perjalanan ke puncak. Sekiranya
sudah nampak jenis pokok yang seakan warna merah maka teruskan perjalanan. 5
minit lagi akan sampai ke puncak.
Apabila sampai di puncak Bukit Batu Sawa,
jangan lupa bergambar di satu sudut yang ada batu pejal yang agak meninggi
berbanding kawasan di sekelilingnya. Sudut pandang yang cukup luas melihat kawasan
bukit dan hutan di sekitarnya.
Batu itu boleh dikatakan ‘titik’ tanda bukti
telah sampai di puncak Bukit Batu Sawa.
No comments:
Post a Comment