Seorang
muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam
itu agama Nabi Muhammad SAW dan seluruh para nabi sebelum baginda.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai
agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti
termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).
Konsep
hanya mengesakan Allah adalah pegangan setiap penganut Islam. Pun begitu, fahaman
pluralisme agama cuba menggugat pegangan umat Islam.
Antara
fahaman pluralisme agama ialah tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif
untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai
yang benar dalam agama lain.
Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama
adalah sama.
Dengan
erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang
Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain.
Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan
dan identiti agama masing-masing.
Firman
Allah SWT dalam surah al-Kafirun, ayat 6 yang bermaksud: “Untuk kamu agama kamu
dan untuk aku agamaku.”
Memandangkan
pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif, maka tidak ada
satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak.
Mereka menganggap semua agama mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa manusia
kepada keselamatan di akhirat.
Ia
amat bercanggah dengan apa yang disebut al-Quran bahawa Islam adalah
satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi Allah SWT.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “ Maka apakah mereka mencari agama yang lain
dari agama Allah, padahal kepada-Nya berserah diri segala apa yang ada di
langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah
mereka dikembalikan” (Surah Ali-Imran, ayat 83).
Usaha perlu dibuat
untuk memperbetulkan semula kefahaman seluruh umat Islam kerana masalah yang
berbangkit bukan sahaja menyentuh masyarakat di negara ini tetapi sudah
bersifat global.
Gambar pokok keladi hiasan tiada kaitan dengan rencana ini. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment