Penduduk
Pasir Kelang, Kuala Krai bakal menikmati kemudahan jambatan menghubung kampung
tersebut dengan Kampung Pasir Era yang menyeberangi Sungai Kelantan.
Projek
pembinaan jambatan tersebut yang bernilai RM40 juta adalah salah satu daripada
empat Projek Jalan Luar Bandar Kelantan yang telah dikeluarkan Surat Setuju
Terima (SST) awal yang jumlah keseluruhan sebanyak RM183.5 juta.
Empat
Projek tersebut adalah:
1)
Projek bina jalan dan jambatan dari Kampung Joh, Machang ke Kampung Belimbing
Tanah Merah merentasi Sungai Kelantan (RM60 juta).
2)
Projek bina jalan dan jambatan antara Kampung Pasir Era ke Kampung Pasir
Kelang, Kuala Krai merentasi Sungai Kelantan (RM40 juta).
3)
Projek naik taraf jalan menghubungkan Kampung Manek Urai ke jalan utama FT008
(Kuala Krai ke Gua Musang), Kuala Krai (RM15 juta).
4)
Projek membina jalan dan jambatan dari Kampung Pantai Senok ke Kampung Pulau
Gajah, Bachok (RM68.5 juta).
No comments:
Post a Comment