Janji
Allah wajib kita percaya bahawa umat Islam tetap akan meneruskan tugas sebagai
khalifah Allah. Mereka akan menjadikan dunia ini lebih baik, aman.
Demikian
janji Tuhan kemenangan akan sentiasa berada pada pihak Islam, asalkan kita
tidak terperangkap dengan fahaman sempit kepuakan dan kelompok.
Kemenangan
umat Islam akan berlangsung apabila pengaruh golongan munafik dan hipokrit
berkurangan.
Krisis
dan ujian akan menyerlahkan wajah sebenar mereka yang berkepentingan diri
sendiri. Wajah-wajah jelik akan terserlah tanpa disedari oleh diri mereka
sendiri.
Islam
bagaikan api dalam sekam. Ia akan muncul apabila keadaan kelam-kabut. Islam
akan muncul secara lebih jitu dan kuat. Ia akan membuahkan tenaga yang
terpendam.
Lihatlah
pada sejarah umat Islam yang panjang dan tidak pernah berbohong. Abu Bakar yang
dianggap lembut dan lemah muncul seperti singa yang garang membanteras kumpulan
murtad.
Malah
Abu Bakar sanggup memerangi mereka yang tidak mahu membayar zakat, walaupun
dalam bentuk yang minimum, iaitu tali hidung unta.
Peperangan
Salib dan serangan tentera Tartar yang lama tidak juga menghancurkan umat
Islam. Ini menunjukkan umat Islam mungkin terleka malah terlena, atau sakit.
Namun mereka tidak pernah mati. Mereka akan bangkit selagi akidah ada dalam
diri mereka.
Apa
yang perlu, keimanan dan akidah seharusnya tertanam dalam jiwa anak-anak
Muslim. Apabila negara umat Islam terjajah begitu lama, namun akhirnya mereka
bangkit memerdekakan negara mereka.
Justeru
itu, paling ditakuti usaha musuh untuk mencabut akidah umat Islam, merosakkan
umat akhlak dan mengetepikan perjalanan syariat Islam.
Pentingnya,
bagi umat Islam berada pada sikap kesederhanaan tidak menjadi golongan pelampau
yang membawa wajah buruk kepada Islam. Tidak juga menjadi liberal yang sampai
menghapus wajah Islam yang manis.
No comments:
Post a Comment