Lelaki mengalami masalah mati pucuk tidak perlu berasa malu, sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit yang perlu dirawat. Jumpa dengan pakar sakit tuan untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan.
Tindakan secara tidak berperaturan seperti pengambilan ubat atau pemakanan yang tidak tepat boleh mengundang bahaya. Apabila kita mencari ubat kuat itu membawa maksud kita buka ruang untuk diperdayakan. Ada pelbagai jenis ubat kuat antaranya, kapsul, minyak, pil, jus dan kopi. Kesemuanya mengandungi bahan kimia larangan.
Ia bukan sebarang kopi sebaliknya dicampurkan bahan kimia yang tidak ditulis kandungannya. Banyak sangat ubat kuat di pasaran sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ubat kuat sekarang dah macam perkara normal.
Masyarakat perlu ingat bahawa risikonya amat tinggi. Ibarat bermain dengan api kerana sekiranya tersalah makan boleh membawa maut. Ada juga yang tidak mengalami penyakit lemah tenaga batin tetapi diri sendiri merasakan tak cukup power.
Mulalah gunakan ubat kuat untuk besar dan panjangkan zakar atau pun tahan lama ketika bersetubuh. Kadangkala kerana sifat ingin cuba disebabkan melihat kawan-kawan menggunakannya. Boleh kata sebab suka-suka.
Perkara paling utama adalah kesedaran kita sendiri bahawa kita berpenyakit. Kita kena pergi berjumpa doktor atau pakar bidang ini sebelum mendapatkan nasihat. Kita kena guna teknologi dan kemudahan moden yang ada bukannya pergi jumpa bomoh sebagainya.
Ubahlah tanggapan negatif. Selain itu, mungkin serbuan ke atas premis yang menjual ubat kuat ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Namun ia memang agak sukar tetapi perlu diperangi secara berterusan.
Mati pucuk (ED) adalah penyakit kelamin yang sinonim dengan
lelaki dan paling ditakuti. Namun sikap ego, malu serta salah anggap mengenai
penyakit berkenaan membuatkan ramai golongan lelaki semakin mengabaikan dan
mengelak daripada menjalani rawatan.
Lemah tenaga batin atau juga dikenali
sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk
menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Mati pucuk juga dikenali dengan nama
disfungsi erektil (ED) atau “impotensi” dalam istilah perubatan
Punca masalah lemah tenaga batin boleh
disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan
zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan
dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya
boleh dirawat.
Mati pucuk psikologi adalah di mana
kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan
fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk
psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Umumnya kekuatan tenaga kelelakian
menurun seiring dengan peningkatan umur. Namun, perkara ini bukan satu faktor
mutlak. Terdapat di kalangan lelaki yang sudah mengalami mati pucuk seawal usia
20 an. Dan, terdapat juga lelaki perkasa yang masih mengekalkan tenaga
kelelakian biarpun usia telah melepasi 70 an.
Masalah mati pucuk pada usia muda atau
pertengahan berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak
disedari, darah tinggi dan kencing manis. Penyakit ini banyak dialami
kebanyakan rakyat Malaysia sekarang.
Penyakit berkenaan berlaku disebabkan
cara hidup tidak sihat. Penyakit ini mampu dirawat sebelum ia berada di tahap
kritikal. Rawatan penyakit berkenaan secara tidak langsung juga mampu merawat
masalah penyakit mati pucuk.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.
Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.
Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Lemah tenaga batin, berkait rapat
dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu
menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga
diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia
boleh diatasi.
Terdapat budaya menyepi yang kuat dan
tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1
dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu
ketika dalam hidup mereka.
Terdapat 4 jenis mati pucuk:
Terdapat 4 jenis mati pucuk:
- Zakar langsung tidak mampu menegang.
Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam
100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling ditakuti lelaki. Keadaan ini tidak ubah
seperti tenaga lelaki telah hilang sepenuhnya. Tidak ada lagi kemegahan atau
kepuasan sebagai lelaki.
- Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Keadaan ini boleh diubati dengan melakukan amalan boleh mengembalikan kekuatan. Amalan pemakanan yang baik dengan mementingkan pengambilan jenis makanan tertentu boleh membantu memulihkan keadaan. Satu lagi cara untuk mengatasi keadaan ini ialah menguatkan psikologi tentang kemampuan diri serta ghairah untuk melakukan hubungan seks. Jangan bawa permasalahan hidup pada waktu ingin bersama pasangan.

- Zakar tegang tetapi tidak boleh
memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat
tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
Secara tuntasnya keadaan ini mengecewakan pasangan dan lelaki itu sendiri
apabila tidak mampu mencapai klimeks.
- Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Keadaan ini biasanya selari dengan peningkatan usia, cara hidup, psikologi dan tahap kecergasan. Keadaan ini tidak berterusan bergantung kepada puca masalahnya. Jika punca masalahnya dapat diatasi, maka ia kembali normal. Pengambilan pemakanan tambahan mampu memberi tambahan peningkatan kepada keupayaan lelaki.
Rawatan:
Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosterone, apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:
Rawatan Oral
3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minit hingga 1 jam sebelum seks dan tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.
Alprostadil
Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus – biasanya sebelum bersenggama.
Pam hampagas zakar
Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.
Rawatan hormon
Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.
Pembedahan
Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.
Khidmat nasihat
Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran.
Sejak kebelakangan ini, ED dan pembesaran kelenjar prostat (BPH) sering menjadi tajuk utama dalam penyelidikan kesihatan sakit tuan.

Hasil penyelidikan dan kajian ini membuktikan hubung kait
antara kedua-dua penyakit ini di mana ED sering muncul bersama BPH. Gabungan
fenomena ini dengan mereka yang meningkat usia menimbulkan keperluan untuk
mendapatkan rawatan yang lebih berkesan bagi meningkatkan kualiti hidup bagi
lelaki berusia yang mengalami penyakit ini.
Hasil kajian dalam bidang sakit tuan dan ketidakupayaan
seksual, mereka lebih memahami kesinambungan yang timbul antara ED dengan BPH.
Apabila usia lelaki semakin meningkat, mereka akan lebih
cenderung untuk mengalami simptom Saluran Kencing Bawah (LUTS). Dalam
sesetengah pesakit, simptom LUTS ini disebabkan oleh BPH.
Disebabkan itu, adalah amat penting untuk kita
menitikberatkan simptom LUTS yang diakibatkan oleh BPH dalam kalangan pesakit
yang muncul dengan penyakit ED serta BPH.
Penyakit ED menyerang 22.2 peratus lelaki di Malaysia yang
berumur 50 tahun ke atas. Risiko untuk mendapat penyakit berkenaan akan naik
sekali ganda bagi lelaki dalam lingkungan umur 60 tahun hingga 69 tahun.
Angka ini dijangka meningkat 79.5 peratus bagi lelaki
berusia 70 tahun ke atas. Manakala seramai 50 peratus lelaki di negara ini yang
berusia lebih 60 tahun akan menghidap BPH.
Peratusan ini dijangka meningkat seiring dengan usia
pesakit. Kedua-dua penyakit ini juga mempengaruhi semua lelaki tanpa mengira
kaum.
Makin umur meningkat, makin slow kekuatan kelakian anda?
ReplyDeleteHaa ni suppliment untuk kekuatan anta... tgh ada promosi, harga runtuh kaw2...
Da bleh Follow kut dorang nya page...
Fb:
https://www.facebook.com/thmemart/
Instagram:
https://www.instagram.com/p/BxlWOsdlcT8/?igshid=45zxbwriga6w