Friday 18 June 2021

EDLEE FRIED CHICKEN JENAMA AYAM GORENG TEMPATAN

 

Jenama ayam goreng Edlee Fried Chicken semakin dikenali di Kelantan. 

Ayam goreng Edlee Fried Chicken diusahakan oleh Mohd Edlee Ismail dan ayahnya Ismail Mohamed. 

Perniagaan Edlee Fried Chicken bermula sejak tahun 2003 yang didaftarkan sebagai Edlee Food Services pada tahun 2003.

Ironinya perniagaan Edlee Fried Chicken bermula di pasar malam sekitar Kota Bharu sebelum berkembang secara jualan kios. 

Antara menu yang disediakan ialah mashed potato, coleslaw, mushroom soup, french fries dan pelbagai jenis minuman dan juga sedia menerima tempahan.

Cawangan atau kios Edlee Fried Chicken berada di merata tempat sekitar Kota Bharu dan bandar-bandar lain di Kelantan.

Biarpun tidak sehebat jenama antarabangsa, namun ayam goreng Edlee Fried Chicken mempunyai peminat setia yang sentiasa menyokong produk kebanggaan rakyat Kelantan.

No comments:

Post a Comment