Jeram Rekreasi Sungai Talan Kampung
Bintongan, Rembau memang telah lama terkenal di kalangan penduduk Negeri
Sembilan. Jeram ini turut dikenali dengan nama Lubok Sungai atau Lubok Talan.
Jeram yang menjadi pusat tarikan untuk
mandi manda dan berkhemah ini terletak di kira-kira 6 kilometer dari pekan
Rembau. Jalan masuk berdekatan dengan persimpangan tiga ke Bukit Miku.
Apa yang menarik ada Jeram Rekreasi Sungai
Talan ini biarpun hanya air terjun dan jeram kecil untuk pengunjung berkhelah
dan bermandi manda, ia tetap menjadi pilihan pengunjung.
Keadaan persekitaran yang ada tempat
landai, sesuai untuk dijadikan tapak kempen.
Jeram Rimba Rekreasi Sungai Talan ini bukan
sahaja memberi keseronakan dan kepuasan kepada pengunjung, bahkan ia juga dapat
menjana ekonomi penduduk kampung setempat.
No comments:
Post a Comment