Monday 21 June 2021

HARGAI WAKTU SIHAT SEBELUM TIBA MASA SAKIT

 

Hargailah kesihatan kita. Nikmat dan rezeki yang sangat hebat dari Allah SWT. Kesihatan yang baik, terkadang berlalu dengan tidak dirasai dan dibazirkan.

Menjaga kesihatan adalah urusan agama, maka menjaganya beroleh pahala dan sebaliknya. Jaga kesihatan kita.

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Waktu sihat yang menjadi kenangan berharga bagi orang yang sakit. Nilai kesihatan dihargai apabila sakit menimpa atau kesihatan terganggu.

Sebab itu kita dianjurkan untuk menjaga kesihatan diri supaya dengan kualiti kesihatan yang baik. Kita dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Dapat mencari rezeki dan beribadah kepada Allah SWT sebaik mungkin.

Kata orang, dengan wang kita boleh membeli ubat, tetapi kita tidak mungkin boleh membeli kesihatan. Oleh itu, memelihara kesihatan dengan mengamalkan cara hidup seperti anjuran Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik panduan bagi kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment