Di Malaysia ada nama kuih batang buruk yang cukup terkenal, terutama semasa perayaan. Tentunya tidak banyak orang tahu tentang kuih kelambu buruk. Sebabnya ia bukan kuih tradisional tempatan.
Kuih kelambu buruk terkenal di Selatan
Thailand. Kelambu buruk sebenarnya lebih kurang dengan kuih karas, tetapi ada
sedikit perbezaan.
Kelambu buruk diperbuat daripada tepung
pulut, telur dan manisan. Rasanya agak manis dan lebih liat berbanding karas
yang ranggup.
Dinamakan kelambu buruk kerana ia dalam bentuk
jarangan halus seperti kelambu buruk yang berwarna coklat kerana kesan manisan.
No comments:
Post a Comment