Saturday, 16 September 2023

JERAM SUNGAI TALAN, BINTONGAN, REMBAU

 
Jeram Rekreasi Sungai Talan Kampung Bintongan, Rembau memang telah lama terkenal di kalangan penduduk Negeri Sembilan. Jeram ini turut dikenali dengan nama Lubok Sungai atau Lubok Talan.
 
Jeram yang menjadi pusat tarikan untuk mandi manda dan berkhemah ini terletak di kira-kira 6 kilometer dari pekan Rembau. Jalan masuk berdekatan dengan persimpangan tiga ke Bukit Miku.
 
Apa yang menarik ada Jeram Rekreasi Sungai Talan ini biarpun hanya air terjun dan jeram kecil untuk pengunjung berkhelah dan bermandi manda, ia tetap menjadi pilihan pengunjung.
 
Keadaan persekitaran yang ada tempat landai, sesuai untuk dijadikan tapak kempen.
 
Jeram Rimba Rekreasi Sungai Talan ini bukan sahaja memberi keseronakan dan kepuasan kepada pengunjung, bahkan ia juga dapat menjana ekonomi penduduk kampung setempat.







No comments:

Post a Comment