Wednesday 11 October 2023

FELDA KEMAHANG 01, TANAH MERAH

 
Felda Kemahang 01 adalah salah satu kawasan dikendalikan Felda dalam Gugusan Kemahang. Kawasan lain dalam Gugusan Kemahang ialah Felda Kemahang 2, Felda Kemahang 3 dan Felda Kemahang 4.
 
Kawasan pembangunan tanah ini dibuka pada tahun 1973 di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN).
 
Kemudian kawasan pembangunan itu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 di bawah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dikenali Felda.
 
Sejak dari itu, Gugusan Felda Kemahang terus menikmati kemajuan dan berkembang sebagai kawasan yang memberi rahmat kepada penerokanya.
 
Nama kemahang diambil dari nama sejenis keladi yang banyak tumbuh di kawasan tersebut iaitu keladi kemahang ketika ia mula diteroka.
 
Keladi kemahang (Colocasia esculenta) merupakan sejenis tumbuhan dari jenis keladi daripada keluarga Araceae yang lazimnya tumbuh liar dikawasan agak lembap dan subur.
 
Keladi kemahang mempunyai struktur hampir menyerupai dengan jenis keladi biasa seperti keladi minyak, keladi cina, Keladi gajah, keladi putih yang mana bahagian umbisinya dijadikan bahan makanan sejak zaman dahulu.
 
Cara pembiakan tumbuhan ini adalah melalui rizom atau sulur yang terdapat pada keladi matang. Keladi adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai jenis dan spesis serta mempunyai kesesuaian tumbuh dikawasan tanah gambut yang redup.
 
Keladi kemahang mempunyai beberapa keistimewaannya yang tersendiri yang mana batangnya tidak mempunyai sejenis cairan lendir yang biaa terdapat pada jenis keladi lain. Jadi, jika makan keladi kemahang tidak ada kesan rasa gatal.

Kredit pemilik asal gambar

No comments:

Post a Comment