Monday, 19 February 2024

MASJID UBUDIAH, KUALA KANGSAR SANGAT CANTIK

 
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar merupakan salah satu antara rumah ibadat Islam yang paling cantik di Malaysia.
 
Reka bentuknya yang dipengaruhi seni bina ‘saracenic’ atau Islam-India menonjolkan lagi keindahan seni bina Islam.
 
Binaannya sangat unik dan kemas walaupun ketika pembinaannya negara masih kekurangan tenaga mahir.
 
Masjid Ubudiah juga pernah menjadi Masjid Negeri Perak sebelum terbinanya Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh. 

Ilham membina Masjid Ubudiah dicetuskan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (1887-1916) sebagai membayar bernazar setelah kesihatan Baginda pulih. 

Baginda telah menitah Colonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. 

Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk Masjid ini ialah Mr. Hubbeck, yang menggunakan senireka 'Moor' dan Mr Caulfield, 

Jurutera Negeri Perak, telah ditugaskan melaksanakan bangunan Masjid ini. Seni reka yang diilhamkan oleh Mr. Hubbeck telah menjadikan Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ianya mendapat tempat dalam pelan pelancongan. 

Pada hari Jumaat, 26hb. September 1913, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. 

Masjid tersebut telah siapa dibina pada tahun 1917, Ia dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918) yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. 




 
Kredit – Pemilik asal gambar

No comments:

Post a Comment