Wednesday 10 February 2021

GUARANA BAIK UNTUK TAMBAH TENAGA

Guarana amat baik untuk lelaki. Ia membantu menambah tenaga lelaki dan kebaikan lain. Sebab itu, produk ekstrak guarana atau yang ada campuran ekstrak guarana banyak diamalkan atau digunakan oleh lelaki. 

Ekstrak biji guarana menjadi sumber tenaga berbaik untuk lelaki dan sudah terkenal di seluruh dunia. Ia biasanya dijual dalam bentuk kapsul atau serbuk yang boleh dicampurkan dalam minuman.

Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat di pokok besar yang berasal dari Lembah Amazon. Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.

Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur.

Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan dan dengan itu menjadi makanan kesihatan yang dapat bertindak pantas.

Guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin. Justeru, ia memberi harapan kepada pasangan yang inginkan anak tetapi tidak berupaya mendapatkannya. Ia adalah satu ikhtiar.

Sebenarnya, selain lelaki, wanita juga baik mengamalkan pengambilan produk guarana. Dengan kata lain, guarana juga sesuai untuk wanita. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan pengambilan ekstrak guarana secara berterusan.  

Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin. Janin atau anak dalam kandungan amat memerlukan jumlah oksigen yang mencukupi bagi memastikan ia membesar dengan sihat dan seterusnya dilahirkan dengan selamat.

Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.

Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dan mengurangkan keadaan tidak selesa semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.

Kebaikan guarana untuk kesihatan: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun. 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.  
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan tidak selesa semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah tersumbat
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat

Guarana bukan ubat. Ia pemakanan tambahan tradisional. Keberkesanan atau tindak balas berbeza-beza antara individu. Untuk kesan yang maksima, ia perlu diambil secara berterusan. 

Dapatkan produk berasaskan guarana. 
Klik pautan di bawah. 
Mudah cepat murah.

No comments:

Post a Comment