Thursday 15 February 2018

JAMBU BATU BIDOR PALING SEDAP

Nama jambu batu bidor begitu sinonim dengan pekan Bidor. Disebabkan jambu batu bidor, pekan itu mudah dikenali dan diingati di kalangan pengunjung ke pekan terletak di bahagian selatan Perak. Tidak hairan jika ada pengunjung ke Bidor semata-mata ingin mendapatkan jambu batu bidor.

Hal ini terutama dilakukan oleh mereka yang berkenderaan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. Pekan Bidor terletak di laluan Ipoh ke Kuala Lumpur mengikut jalan lama. 

Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan tidak berpeluang melalui pekan Bidor. Jadi, bagi mereka yang ingin mendapatkan jambu batu bidor sanggup keluar dari lebuh raya, seterusnya melalui jalan lama untuk ke Bidor.

Biarpun jambu batu bidor ada dijual di gerai-gerai di Hentian Rehat di sepanjang lebuh raya melalui Perak seperti di Hentian Rehat Sungai Perak, nama tidak sama kepuasanya dengan membeli di pekan Bidor sendiri. 

Tambahan pula, ada pembeli yang ragu-ragu sama ada jambu itu benar-benar berasal dari Bidor atau tidak. Begitu sekali perhatian diberikan bagi memastikan benar-benar mendapat jambu Bidor.

Jambu batu Bidor terkenal kerana rasanya lembut dan rapuh. Ia menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan cita rasa dan kepuasan. Jadi, jambu Bidor sesuai benar dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang setiap kali datang ke Perak, terutamanya ke Bidor. 

Jambu batu bidor di pekan Bidor dijual di Medan Gerai Jambu Bidor yang dibina khas oleh pihak berkuasa. Pemandu yang tidak biasa dengan jalan tersebut tidak menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti tempat itu kerana terdapat papan tanda khas.

Singgah dan nikmatilah jambu Bidor di gerai berkenaan. Gerai tersebut dibuka daripada pagi sehinggalah ke tengah malam. Jambu batu diikat dan digantung dengan tersusun untuk menarik pembeli. Hargranya berpatutan. 

Jika ingin dimakan dalam perjalanan, boleh minta penjualnya tolong belahkan dan dipotong kecil. Jangan lupa mintakan sama serbuk perisanya.

Jambu batu bidor ada beberapa jenis. Namun jenis paling mendapat permintaan tinggi ialah yang tiada biji dengan permukaan kulitnya berkerepot. Kawasan tanaman jambu batu bidor ialah di tanah berpasir bekas lombong bijih timah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.

    Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!

    Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.

    Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi

    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum

    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.

    Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum herba ni dan rasa tidak pahit

    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!

    iNi bkn jus buah buahan campuran biasa2 yg kat luar jual ni..😆
    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.

    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte trun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.

    0174687570
    0174687570
    En mohd zuhairi

    #sharing is caring

    ReplyDelete