Kain
pelekat (banyak dieja ‘pelikat’) dipercayai diperkenalkan ke Tanah Melayu pada
zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang dari Palaiyakat (kawasan di timur laut
Tamil Nadu, India). Antara barang dagangan mereka yang mendapat permintaan
ialah kain berwarna putih. Kain itu dipanggil kain pelekat sebagai mengambil
nama asal pedagang yang menjualnya.
Di
India, kain itu gemar dipakai oleh orang lelaki sehingga sekarang. Kain pelekat
putih yang tidak berjahit pernah digunakan sebagai kain ihram ketika
mengerjakan haji dan umrah.
Selepas
kejatuhan Kesultanan Melaka, pedagang dari Palaiyakat masih meneruskan
perniagaan di Melaka yang dikuasai Portugis. Seorang pengembara Feringgi
(Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538
Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari Palaiyakat berdagang di
Melaka.
Berkain
sarung pelekat menjadi identiti kaum Melayu, khususnya orang lelaki. Ia dipakai
santai ketika di rumah dan untuk menunaikan sembahyang.
Kini
kain pelekat terdapat dalam pelbagai corak dan warna yang menarik.
Sekarang,
kain pelekat diinovasikan untuk dijadikan seluar. Ia dianggap sesuai untuk
golongan muda yang ingin bergerak bebas dan tidak terhad ketika berada di rumah
sahaja.
No comments:
Post a Comment