Wednesday 13 January 2021

NEGARA TIDAK TERDAPAT ULAR TINGGAL

Hampir semua negara di dunia ini didiami binatang yang dinamakan ular. Ular sejenis reptilia yang berbisa mengikut jenis-jenisnya. Ada jenis ular yang bisanya boleh menyebabkan mangsa yang kena pagut olehnya meninggal dunia, termasuk manusia.

Biarpun dinyatakan bahawa ular hidup hampir di seluruh dunia, ada negara atau kawasan yang tidak didiami oleh ular atau tidak terdapat ular di negara berkenaan.

Beberapa negara yang diketahui tidak terdapat ular ialah Ireland, New Zealand, Antartika dan Greenland.

Mengapa di negara atau kawasan berkenaan tidak terdapat ular? Tidak ada jawapan pasti mengenainya.

Kalau di Ireland ada mitos mengenainya. Ya... sekadar mitos yang menjelaskan mengapa tidak ada ular di negara ini sekarang. Mitosnya ialah pelindung Ireland, St Patrick, mengusir semua ular dari Ireland ketika dia menyebarkan agama Kristian di pulan berkenaan.

Kisahkan, ketika Patrick sedang menjalani puasa selama empat puluh hari di atas bukit, seekor ular telah mengganggunya. Untuk mengelak gangguan tersebut, maka seluruh ular telah dihalau keluar dari pulau tersebut.

Itu mitos berkaitan ketiadaan ular di Ireland. Bagaimana pula mengenai tempat lain seperti New Zealand dan Greenland selain Antartika yang juga tidak terdapat ular?

Seperti tiada fakta jelas mengapa tiada ular di Ireland, begitu juga di tempat lain.

Di New Zealand bukan sahaja tiada ular, tetapi juga labah-labah. Malah apa-apa haiwan pemangsa pun boleh dikatakan tak ada di negara berkenaan. Kalau ada haiwan pemangsa pun itu bukan asal dari sini, ada orang bawa dari luar.

Oleh kerana tiada sebab untuk manusia bawa ular dan binatang bahaya ke sini dan hanya dibawa binatang yang berguna, maka jadilah New Zealand negara yang tiada binatang berbahaya.

Sebab itulah di lapangan terbang New Zealand, keselamatan bio sangat ketat. Semua benda hidup tidak boleh dibawa masuk, buah-buahan dan haiwan.

No comments:

Post a Comment