Saturday, 14 January 2023

INSTITUSI KEILMUAN LAHIRKAN ULAMA TERBILANG

 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ulama didifiniskan sebagai orang yang ahli dalam hal atau dalam pengetahuan agama Islam.
 
Justeru, apabila disebut ulama, ciri penting yang difahami umum ialah mereka yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam urusan agama. Ulama menjadi rujukan, membuat keputusan, mengurus dan menetapkan sesuatu hal yang berkaitan agama.
 
Seperti kita sedia maklum, seseorang itu tidak akan menjadi arif dalam sesuatu bidang jika dia tidak mempelajarinya. Di sinilah peranan institusi pendidikan dalam melahirkan seorang yang pakar dan arif mengenai ilmu tertentu.
 
Bidang ilmu bukan sekadar melalui belajar, tetapi juga bagaimana aktiviti kajian, amalan dan penguatkuasaan itu dilakukan. 
 
Keupayaan seseorang tidak mampu berdiri dengan sendiri. Ia perlu disokong oleh organisasi yang dia mempunyai kaitan. Dalam hal ini orang akan lebih dahulu melihat oraganisasi sebelum menilai individu yang berada di dalammnya.  
 
Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana organisasi itu sendiri telah menetapkan piawaian sebelum mengambil seseorang menjadi ahli atau pekerjanya. 
 
Jadi, dalam hal ini insititusi pengajian Islam memberi satu kekuatan dan nama kepada ulama yang berada di dalam organaisai itu. Contohnya, seorang ulama menjadi terkenal kerana dia dilahirkan atau berada di sesebuah pondok terkenal. Orang akan menghormati dan menyakini apa yang diperkatakan oleh ulama yang dihasilkan di sesuatu podok terkenal. 
 
Bayangkan, seorang ulama hanya mendapat pendidikan di sebuah pondok tidak ternama dan sisterm pengajian yang tidak tersusun dengan hanya sebilangan pelajar sahaja, sudah terntu ulama itu tidak layak untuk mengaku sebagai ulama hasil dari pondok. Ulama sedemikian yang syok sendiri mengenai keilmuannya.
 
Sebaliknya, kita mudah yakin dan menerima ulama yang mendapat pendidikan di institusi yang dikenali dan kemudiannya diterima pula bertugas atau menganggotai badan ulama yang berprestaj. Tentu sekali, ulama itu mempunyai keyakinan lebih untuk memainkan peranan dan fungsinya. 
 
Seperti yang telah dinyatakan, ulama yang aktif dan produktif dalam membincangkan sesuatu hal dan menyebarkan kepada pihak lain akan lebih berkemampuan dan arif. 
 
Jadi, peranan institusi menwujudkan suasana tersebut amat penting. Mereka perlu berada dalam arus semasa dan perdana agar mampu menjadi ulama kotemporari dan terkini. 
 

No comments:

Post a Comment