Wednesday, 18 January 2023

KELAB KEBAJIKAN CAKNA KELANTAN

 
Rakyat Malaysia berhati mulia. Suka membantu dan berkongsi rezeki dengan mereka memerlukan. Sebab itu banyak badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan untuk melaksanakan misi membantu dan melakukan aktiviti kebajikan.
 
Salah satu NGO berasaskan kepada kebajikan ialah Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang beroperasi dari alamat di Perumahan Kampung Kulim, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan.
 
KKCK menetapkan visi membantu tanpa sempadan agama, bangsa dan politik sebuah NGO yang berdaftar untuk memudahkan urusan pentadbiran dan sah di sisi undang-undang. Nombor pendaftarannya ialah PPM-019-03-04112015

No comments:

Post a Comment