Ini kisah sepasang suami baharu kahwin. Adat
pasangan baharu kahwin, rasa malu masih menebal.
Pada suatu haru, si suami ingin membuat
kejutan kepada isterinya. Suami ingin membawa ke satu tempat yang dirahsiakan.
Maka, si suami mengarahkan agar mata si isteri ditutup sepanjang perjalanan.
Setelah sampai di suatu tempat, si suami
memimpin tangan si isteri untuk berjalan kerana matanya masih ditutup.
Isteri dipimpin memasuki sebuah rumah.
Tiba-tiba si isteri berasa ingin buang
angin (kentut), tetapi kerana masih malu kepada suaminya, si isteri
berpura-pura meminta agar suaminya membuatkan air untuknya.
“Abang, tolong buatkan air untuk ayang,”
kata isterinya.
Suaminya kemudian pergi mengambil minuman.
Ketika suaminya pergi dia membuang angin. Tuuuut...
Si suami kemudian membawakan air itu kepada
si isteri. Ternyata, si isteri masih ingin membuang angin.
“Abang... air ini kurang manislah.... boleh
tambahkan gula,” kata si isteri.
Lalu, si suami mengambil kembali gelas
minuman itu dan dibawa untuk menambah gula.
Yakin, si suaminya telah pergi, lalu si
isteri kentut lagi, kali ni lebih
keras dan bau... "troooot...."
Kemudian si suami datang lagi untuk
memberikan minuman, tapi ternyata si isteri masih ingin membuang angin. Lalu,
dengan berat hati sekali lagi dia minta agar si suami tambahkan gula lagi.
Dan, sekali lagi si isteri mengambil kesempatan
untuk membuang angin dengan semahunya. Lebih kuat bunyi dan bau yang keluar.
Akhirnya si isteri berasa lega kerana
niatnya telah terlaksana sepenuhnya. Suami datang mendekatinya dan memberikan
gelas kepada si isteri. Isteri mengambilnya dan meminum air yang sudah
berkali-kali ditambah gula itu.
Setelah selesai minum, si suami membuka
tutup mata si isterinya.
Si isteri terkejut kerana di dalam rumah
itu terdapat beberapa orang lain, termasuk si mentuanya.
Dalam keadaan malu dan serba salah, si isteri
bertanya kepada mentuanya: “Oh ayah.... sudah lama sampai?
Kemudian si bapa mentua itu menjawab: “Sejak
kentutan pertama...”
..
keras dan bau... "troooot...."
..
No comments:
Post a Comment