Pengurusan pengetahuan dalam sesebuah
organisasi perlu melibatkan proses penentuan, penyusunan, dan pengekalan
maklumat serta perkongsian pengetahuan dan pengalaman di kalangan kakitangan.
Sesebuah organisasi perlu peka dan
memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengurusan pengetahuannya cekap
dan bermanafaat. Ini bagi memastikan pengetahuan yang terpilih dan penting pada
organisasi dapat diperoleh, disimpan dan digunakan pada masa akan datang.
Ia penting dalam memastikan pengetahuan
dalaman organisasi, dapat dikenal pasti dan diproses serta disimpan untuk
keperluan dan kegunaan masa akan datang.
Jika tindakan tidak dilakukan, kemungkinan
pengetahuan intelek sedia ada tidak dapat dimanafaatkan untuk keperluan masa
hadapan.
Pengurusan pengetahuan ini bertujuan untuk
meningkatkan kecekapan organisasi. Maklumat yang diperoleh perlu dikongsi dalam
bentuk yang mudah disebarkan bagi memaksimumkan keberkesanan perkongsian
pengetahuan kolektif organisasi.
Pengurusan pengetahuan memerlukan
kakitangan yang terlatih dan berkemahiran bagi mengenal pasti maklumat dan
pengetahuan yang diperlukan serta memberikan impak kepada sesebuah organisasi.
Ia perlu dianalisa, disusun dan diaudit
bagi tujuan penyebaran dan kebeberkesanan pengetahuan secara menyeluruh dalam
sesebuah organisasi. Keperluan kepada pengetahuan memerlukan kajian terperinci
bagi memastikan impak yang diperolehi setimpal dengan objektif dan
sasaran.
Terdapat tiga bidang utama pengurusan
pengetahuan iaitu, pengumpulan pengetahuan berdasarkan keperluan organisasi,
menyimpan pengetahuan tertakluk kepada teknologi yang bersesuaian, serta
berkongsi ilmu dan pengetahuan.
Dapatan dan capaian pengetahuan dengan
cepat dan di hujung jari merupakan fokus utama masa kini. Pengurusan pengetahuan
yang baik dan cekap dapat membantu organisasi mencapai objektif yang
ditetapkan.
Kepentingan pengurusan pengetahuan dalam
sesebuah organisasi juga bertujuan meningkatkan kecekapan dan membantu
organisasi membuat keputusan dengan tepat. Ia dapat melancarkan perjalanan
tugas dan meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan. Selain itu, kakitangan dapat
mengakses maklumat kepakaran dan pengetahuan dalam bentuk yang mudah dan cepat.
Pengurusan pengetahuan yang cekap juga
dapat membantu organisasi dalam peningkatan inovasi. Kemajuan sesebuah
organisasi memerlukan elemen kompetitif, pantas, dan berdaya saing.
Organisasi yang memanfaatkan sepenuhnya
pengurusan pengetahuan lebih mampu bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan
keadaan pasaran, menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan
mereka dan meningkatkan inovasi dan kecekapan mereka.
Secara keseluruhannya, jelaslah di sini
bahawa pengurusan pengetahuan adalah sangat penting dan memerlukan kerjasama
daripada semua pihak.
Bagi merealisasikan impian ini, organisasi
perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan melatih kakitangan bagi
memastikan tujuan dan matlamat dapat dicapai dengan kepakaran yang ada pada
mereka. Ini kerana mereka memerlukan pendedahan dan cara kerja yang betul dan
terlatih bagi menjamin kehendak dan keperluan organisasi dapat dicapai.
Organisasi yang berjaya menguruskan
pengetahuan dengan baik dan sempurna pasti akan memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada semua.
Diolah semula dari sumber internet.
No comments:
Post a Comment