Ketika
emas dan perak menjadi alat tukar-menukar barang atau mata wang, ramai orang
Yahudi bekerja sebagai penyimpan emas atau lebih dikenali dengan istilah
“goldsmith” (gold adalah emas, dan smith adalah semit atau Yahudi).
Ini kerana di sebagian besar Eropah, orang-orang Yahudi dilarang memiliki tanah
yang membuatkan mereka tidak boleh menjadi petani dan penternak lalu menjadikan
kerjaya goldsmith sebagai alternatif pekerjaan yang prospektif.
Walaupun kerjaya ini dipandang rendah, orang-orang kaya yang memiliki banyak emas
dan perak lebih menyukai menyimpan hartanya di goldsmith kerana jaminan
keselamatan yang diberikan. Mereka hanya cukup memberi gaji sejumlah emas
tertentu atas kerja penyimpanan yang diberikan goldsmith.
Untuk setiap harta yang disimpan, goldsmith mengeluarkan sekeping kertas atau
sijil mengandungi keterangan tentang pemilikan emas dan perak sejumlah tertentu
kepada pemilik harta. Setiap kali bila pemilik harta ingin mengambil
simpanannya, ia hanya menunjukkan sijil tersebut.
Masa berlalu, semakin tinggi kepercayaan masyarakat pada goldsmith, masyarakat
mula menerima kaedah sijil tersebut sebagai alat tukar-menukar
barang. Pada saat inilah sijil tersebut menjadi wang kertas dan merupakan
wang kertas pertama di dunia.
Masa terus berlalu, semakin banyak emas dan perak yang disimpan di gudang
penyimpanan, goldsmith melihat bahawa sebagian besar emas dan perak tersebut
tersimpan begitu saja di tempatnya.
Waktu itu, permintaan terhadap wang kertas terlalu tinggi. Terlintas di
fikirannya bagaimana kalau sebagian daripada emas dan perak itu dipinjamkan
kepada orang yang memerlukan (peminjam), setelah jangka waktu tertentu
apabila peminjam mengembalikan semula akan dikenakan bunga (riba).
Kemudian goldsmith pun mula melaksanakan rancangannya dengan meminjamkan
sebagian emas dan perak milik pelanggannya kepada peminjam yang memerlukan.
Setelah waktu yang ditentukan, emas dan perak yang dipinjam oleh peminjam
dikembalikan, goldsmith mendapat keuntungan melalui bunga. Semakin ramai
atau semakin banyak goldsmith memberikan pinjaman, semakin besar keuntungan
yang didapati.
Seterusnya goldsmith mendapat rancangan yang lain. Mengapa harus memberikan
pinjaman berupa emas dan perak? Bukankah wang kertas yang dikeluarkan telah
diterima sebagai alat tukar-menukar dan jual beli? Sejak itu, setiap pinjaman
yang diberikan, Ia hanya mengeluarkan wang kertas. Dan setelah jangka
waktu tertentu, peminjam mengembalikan pinjamannya berupa emas kepada goldsmith
berserta dengan bunganya.
Pada saat ini goldsmith telah melihat satu keajaiban yang tidak diduga. Hanya
dengan sekeping kertas, dia telah berjaya mendapatkan sebongkah emas.
Waktu itu sebenarnya goldsmith telah melakukan penipuan. Orang menyangka emas
dan perak yang dipinjamkan benar-benar milik goldsmith sendiri, padahal sebenarnya
ia milik pelanggan yang menyimpan kepadanya. Selain penipuan goldsmith juga
melakukan pemerasan (peras ugut) dengan mengenakan bunga atas pinjaman yang dia
berikan
(inilah prinsip perbankan yang digunapakai hingga ke hari ini).
Belajar dari kejayaan menipu pelanggannya, goldsmith mendapat rancangan lagi.
Dengan modal beberapa keping kertas, ia berjaya mendapatkan sejumlah besar
emas.
Maka goldsmith mengeluarkan wang kertas dengan sebanyak-banyaknya untuk
mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Keuntungannya hanya dihadkan
oleh keupayaannya mencetak wang kertas. Tiada perniagaan sepanjang sejarah umat
manusia yang lebih menguntungkan daripada perniagaan yang dijalankan goldsmith.
Masa terus berlalu, semakin ramai orang yang menjadi peminjam. Mereka rela
masuk dan duduk di bangku panjang untuk mendapatkan pinjaman dari goldsmith,
waktu itulah “bank” pertama di dunia tercipta. Dalam jangka masa yang
pendek, para goldsmith menjadi orang-orang terkaya di dunia.
Para bangsawan dan para raja yang memerlukan dana untuk membiayai tentara, dan
gaji pegawainya. Mereka pun tidak dapat mengelakkan diri untuk menjadi mangsa
para goldsmith yang kemudian berganti istilah menjadi “banker”. Setiap pinjaman
yang bernilai jutaan diberikan kepada individu-individu tersebut, dan begitu
juga pulangan keuntungan yang diperolehi banker.
Para banker amat menyukai dengan sifat para raja dan bangsawan yang suka
berperang bagi merebut kuasa dan kawasan. Semakin banyak peperangan yang
tercetus dan itu bererti semakin banyak pinjaman yang boleh diberikan para
banker.
Dalam kebanyakan kes, apabila perdamaian terjadi, para banker telah menjadi
dalang politik untuk mencetuskan peperangan.
- Mereka membiayai Oliver Cromwell untuk memberontak kepada Raja Charles di
Inggeris.
- Mereka membiayai William Orange merebut tahta raja Inggeris dari Charles II.
- Mereka merancang Revolusi Perancis
- Mereka membiayai petualangan Napoleon
- Mereka juga merancang, kemudian membiayai pihak-pihak yang terlibat dalam
Perang Sivil Amerika, Perang Krim, Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang
Dingin, Perang Vietnam, Perang Teluk, dan perang-perang yang lain.
Setelah tamat peperangan, pemimpin dan juga rakyat negara-negara yang terlibat
akan menjadi mangsa para banker di atas hutang yang mereka tanggung.
Selain mendapatkan keuntungan hakiki yang tiada tandingan, banker juga
mendapatkan keuntungan politik yang besar. Mereka dengan mudah mengangkat
seseorang menjadi penguasa, dan mudah juga mereka menjatuhkannya.
Semakin besar kekuasaan politik mereka, semakin besar juga keuntungan ekonomi mereka. Politik dan wang, semuanya secara tidak langsung telah dimiliki para banker.
No comments:
Post a Comment