Seorang
suami memberitahu kepada ustaz mengapa dia lebih sayang kepada perempuan simpanan
berbanding isteri sendiri. Beberapa alasan diberikan oleh suami dan kemudian
dijawab oleh ustaz.
Suami:
Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya
gemuk.
Ustaz:
Perempuan simpanan kamu pernah
melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh
badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana
dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.
Suami:
Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung
tiada masa untuk saya dan kadangkala dia
garang dengan saya.
Ustaz:
Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu
tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama
kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya
terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga
anak-anakmu adalah tanggungjawab dan itu tanda cintanya padamu.
Suami:
Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia
sentiasa memujuk saya.
Ustaz:
Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan
pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang
mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu
sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan
kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?
Suami:
Tapi ustaz...
Ustaz:
Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja
dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti
kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana
kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia
mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai
kamu.
Tetapi
itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang
tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri
sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu
kerana dia adalah ibu kepada anak.
No comments:
Post a Comment