"Sesungguhnya mereka yang mencaci Allah dan Rasul-Nya dilaknat oleh Allah
di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang hina. Dan tiadalah
perkara yang lebih menyakitkan Rasulullah SAW selain menyatakan ayah Baginda
diazab di dalam neraka."
Ulama
Ahli Sunnah Wal Jamaah bersepakat dalam menjelaskan ibu bapa Baginda SAW
terdiri dalam kalangan ahli fatrah. Iaitu mereka yang hidup di zaman tidak
diutuskan Nabi.
Kedua-dua
mereka tidak menyahut seruan dakwah kerana ketika itu Nabi SAW masih dalam
kandungan.
Manakala antara kerasulan Rasulullah SAW dengan Nabi Isa mempunyai tempoh selama 500 tahun tidak ada Nabi yang diutuskan. Merekalah yang
dipanggil generasi ahli fatrah. Disebabkan tidak sampai seruan dakwah, mereka tidak boleh dipersalahkan atas faktor itu.
Firman
Allah SWT: "Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami
mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). " (Surah al-Isra', ayat 15)
Imam
Baijuri berkata: "Apabila kamu mengetahui bahawa ahli fatrah adalah
golongan yang terselamat (di akhirat) menurut pendapat yang terpilih, maka kamu
juga akan mengetahui bahawa kedua-dua ayahanda dan bonda Rasulullah juga
terselamat, disebabkan mereka juga tergolong dalam kalangan ahli fatrah.
Bahkan
semua nenek moyang Rasulullah terselamat dan dihukumkan sebagai generasi yang
beriman dan tiada seorang pun di antara mereka yang (terjebak di dalam kancah)
kekufuran, kekotoran serta perkara yang mengaibkan (menjatuhkan maruah) yang
dilakukan oleh kaum Arab Jahiliyyah."
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment