Wednesday, 18 December 2019

BURUNG TEKUKUR SUKA HIDUP BERSENDIRIAN

Burung tekukur termasuk dalam kategori merpati. Burung tekukur diminati bukan sahaja kerana rupa dan bentuk badan yang menarik, tetapi juga kerana bunyinya.

Burung tekukur juga dikenali burung ketitir dan burung merbuk. Burung ini dikatakan telah dibawa masuk ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Dilaporkan bahawa di Australia burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu maka burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli.

Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian dan serta tanah semak samun. Taburan burung ketitir semakin berkembang di negara kanggaro itu.  

Makanan spesis burung ini terdiri dari jenis biji-bijian, buah rumput, pasir dan buah-buahan bersaiz kecil. Dalam keadaan liar di lapangan lazimnya burung terkukur akan mencari makanannya di padang rumput dan ladang tanaman bijirin. 

Burung terkukur lazimnya mempunyai warna kedua-dua jantina adalah sama. Bagaimana pun didapati warna anak-anak burung terkukur agak lebih kelam warnanya berbanding dengan burung-burung dewasa.

Burung terkukur juga sering tidak mempunyai jalur leher yang bercapuk-capuk ketika umurnya muda. Kepala dan dibahagian bawah burung ini ada yang berwarna merah muda warnanya di mana ia akan beransur-ansur berubah menjadi kelabu pucat pada muka dan perut bawahnya.

Lehernya mempunyai tompok hitam yang mempunyai bintik-bintik putih yang halus dimana lazimnya warna kakinya sedikit kemerahan.

Burung tekukur membiak pada sepanjang tahun di mana ia membina sarang di ranting pokok, tepi bangunan atau juga di atas tanah.

Burung tekukur tidak begitu suka berkelompok. Jadi, ia biasanya akan hidup bersendirian atau bersama dengan pasangannya. Burung ini jinak dan akan mengeluarkan bunyi yang mana ia akan tiba-tiba menyebabkannya terbang.

Didapati cara atau pola penerbangannya serupa dengan burung merpati. Didapati semasa musim pembiakan maka burung terkukur jantan akan menyenget ekornya untuk mengelilingi burung bentina bagi tujuan mengawan. 

Kicauan burung terkukur yang berterusan dengan nada yang rendah dan lembut membuatkan ia dipertandingkan.

No comments:

Post a Comment