Sunday, 22 December 2019

KERIS BERDIRI BUKAN DENGAN BANTUAN JIN

Keris berdiri tanpa sebarang bantuan atau sokongan di permukaan rata dianggap luar biasa. Sebab itu, jika ada orang dapat membuatkan keadaan itu akan ada menuduh menggunakan ilmu hitam dan bantuan makhluk halus seperti jin.

Ramai tidak percaya keris boleh berdiri dengan sendiri walaupun hulunya lebih berat berbanding bilahnya.

Hakikat sebenarnya, kemampuan dan kebolehan itu bergantung kepada ketelitian pembuatan keris dan latihan berterusan melakukannya.

Kemampuan keris didirikan tanpa disandar adalah di atas faktor keris itu mempunyai titik keseimbangan yang sempurna.

Berdasarkan petua dan ilmu orang dahulu, keris yang sempurna pembuatannya mampu didirikan menggunakan bantuan sarungnya sebagai penyendal.

Namun, jika dilakukan latihan berterusan mendirikan keris, seseoang itu mampu mendirikan keris tanpa sebarang bantuan.

Bahkan, jika mendapat tunjukajar dari pakar mendirikan keris, kemahrian itu mungkin boleh dikuasai dalam masa sejam atau dua jam latihan sahaja. Namun, ada juga yang gagal menguasai kemahiran itu sehingga tidak lagi berminat untuk mempelajarinya.

Jika dilihat dengan mata kasar, ia nampak macam senang, tetapi untuk mendirikan keris sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan ia memerlukan fokus tinggi.

No comments:

Post a Comment