Sunday, 18 February 2018

MELAYU WAJIB TOLAK LIBERALISME

Jati diri Islam Melayu memang terbukti kukuh. Ketika penjajahan dahulu, secara fizikalnya orang Melayu terjajah. Namun, penjajah gagal untuk mengubah agama anutan orang yang Melayu yang kekal Islam biarpun dijajah selama 446 tahun.

Terbukti bahawa kekuatan jati diri Melayu-Islam menyukarkan bangsa penjajah meruntuhkan kekuatan akidah dan jati diri bangsa. Kekuatan inilah yang menjadikan penjajah 'kecewa' dalam misi untuk menyebar agama mereka.

Penjajah berjaya mendapat 'kemegahan', 'kekayaan' dan 'kejayaan' dengan menjajah Tanah Melayu, tetapi gagal mendapat membeli agama penganut Islam di Tanah Melayu.

Biarpun dalam lipatan sejarah, Melayu pernah menukar agama dari Hindu/Buddha kepada Islam, namun kekuatan akar Islam dalam diri Melayu sukar diganggu gugat.

Pun begitu, kekuatan itu tidak dijamin kekal selama-lamanya. Gerakan pluralisme dan liberalisme semakin gasak menyerang. Amat jauh bezakan antara gerakan penjajah dengan serangan kedua-dua fahaman itu.

Usaha penjajah memang sukar dilakukan kerana orang Melayu pada sebilang masa anti dengan penjajah kecuali sebilagan sahaja yang menjadi talibarut penjajah.

Sebaliknya, serangan pluralisme dan liberalisme dilakukan secara senyap melalui kefahaman yang disokong oleh orang Islam Melayu sendiri.

Sekarang ini sudah ramai orang Islam Melayu yang berstatus pemimpin yang condong dengan fahaman itu. Mereka menyokong banyak perkara yang dilakukan oleh penganut fahaman itu.

Dengan kata lain, kehadiran mereka yang mengaku Islam tetapi berfahaman seperti musang berbulu ayam sebenarnya lebih bahaya daripada musang yang berada di luar reban.

Hal itu memang sukar dihapuskan apabila golongan ini juga mengaku mereka pejuang Islam. Malah dengan hujah yang boleh diterima oleh orang Islam, tindakan mereka mendapat sokongan, apatah lagi melibatkan fahman politik yang menyebabkan penyokong fanatik menjadi buta hati dan tidak peduli lagi soal benar atau salah.

Jati diri Melayu Islam perlu kukuh. Bernaung di bawah panji-panji sama. Berlaian fahaman politik tidak saharusnya menyebabkan berlainan haluan dalam usaha memperkasakan agama Islam.

Berlain parti, tetapi tetap satu akidah. Semoga Islam terus perkasa dan berkuasa di Malaysia.  

No comments:

Post a Comment