Satu
hal yang sering membawa masalah di negara ini ialah penyelewengan akidah dan
sikap jahil umat Islam terhadap persekitaran.
Saban
tahun ada saja kumpulan yang dikenal pasti menyeleweng daripada ajaran Islam
sebenar. Pengaruh ajaran sesat dan pertubuhan haram telah banyak melahirkan
masyarakat yang berlawanan dengan hukum agama dan inspirasi negara.
Remaja
merupakan antara golongan yang mudah terjebak dalam kancah itu. Untuk
memastikan pembangunan seimbang antara rakyat dan negara, kerajaan telah
melancarkan Dasar Sosial Negara (DSN).
Dasar
ini bertujuan bagi melahirkan satu masyarakat yang lebih cemerlang budi pekerti
dan cara hidup.
Pembangunan
insan adalah satu aspek utama dalam ajaran Islam. Kekuatan insan menjadi tunjang kepada
kekuatan elemen-elemen lain dalam kehidupan manusia.
Sebaliknya,
kelemahan berpunca daripada insan akan membawa kepada kegagalan dan masalah
hidup yang lain.
DSN
yang dilancarkan oleh kerajaan bertepatan dengan perkembangan terbaru di mana
sekarang ini masalah sosial di kalangan rakyat semakin membimbangkan.
Dalam
ajaran Islam, segala perbuatan buruk perlu dijauhi bagi melahirkan masyarakat
yang hidup aman dan sejahtera.
Allah
mencipta manusia sebagai makhluk yang paling istimewa dan mulia di
sisi-Nya. Manusia mendapat darjat
kemuliaan melebihi daripada malaikat dan segala makhluk lain.
Namun,
sekiranya manusia tidak beriman dan melakukan perbuatan ditegah, maka kemuliaan
itu bertukar sebaliknya.
Firman
Allah bermaksud: “Kemudian Kami kembalikan dia ke taraf makhluk yang paling
rendah.” - (Surah at-Tin, ayat 5).
Negara
kita telah mencapai kemajuan ekonomi, pembangunan yang pesat dan peningkatan
taraf hidup rakyat. Tetapi, pembangunan
negara tidak bermakna jika rakyat menghadapi masalah sosial yang serius.
Sebenarnya,
tanggungjawab rakyat terhadap negara merupakan sebahagian daripada tuntutan
agama. Dalam hal ini, Islam mementingkan perbuatan yang mendatangkan kebaik
kepada negara menjauhkan sebarang perbuatan yang menyebabkan keburukan.
Kesetiaan
tidak hanya pada ungkapan, angan-angan dan slogan semata-mata. Sebaliknya, kesetiaan rakyat teruji melalui
keyakinan terhadap dasar negara, amalan hidup dan pengorbanan berkaitannya.
Nilai
kesetiaan kepada negara bergantung kepada perkara yang disumbangkan yang
diberikan terhadap negara.
DSN
menggariskan dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan
peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial.
Yang
demikian itu akan terbina ketahanan nasional dna kesejahteraan hidup masyarakat
yang maju lagi mantap.
DSN
diharapkan mampu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap
dari segi sosial, ekonomi dan teknologi.
Melaluinya setiap anggota masyarakat berpeluang serta berkeinginan untuk
memperkembangkan potensi diri secara optimun di dalam persekitaran sosial yang
sihat.
Hal
ini boleh dicapai berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan,
demokratik, bermoral, bertoleransi, prograsif, penyayang, adil dan saksama. Penghayatan
matlamat DSN amat penting disemai dalam setiap sanubari rakyat.
Hari
ini banyak gejala sosial menular dalam masyarakat seperti penderaan
kanak-kanak, dadah, rasuah, seks bebas, sumbang mahram, cetak rompak, gangsterisme,
vandalisme, keganasan rumah tangga dan penyeludupan.
Sebenarnya,
gejala sosial berpunca daripada perubahan gaya hidup masyarakat. Adab sopan, rasa hormat dan keyakinan kepada
ajaran agama menjadi pudar akibat hakisan pengaruh luar yang meresap dalam
kehidupan masyarakat kita.
Keadaan
ini sudah lama menular di Barat dan negara yang tidak merancang menangani
masalah sosial secara bersepadu.
Berdasarkan
itu, kerajaan mengambil langkah bijak melancarkan DSN yang bertujuan menangani
masalah sosial secara tersusun, bersepadu dan berkesan.
DSN
adalah untuk seluruh rakyat Malaysia sesuai dengan objektif umumnya bertujuan
menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
agama, budaya, jantina dan wilayah.
DSN
biarpun dirancang untuk masyarakat majmuk dan berlainan agama, secara konsepnya
ia memenuhi apa yang dikehendaki Islam.
Islam agama syumul yang menetapkan kebaikan sebagai piawaian
amalan. Apa saja mendatangkan kebaikan
adalah fitrah Islam, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.
Secara
khususnya objektif DSN bertujuan memastikan keperluan asas individu, keluarga
dan masyarakat dapat dipenuhi. Hal ini
selaras tanggungjawab kerajaan menyediakan keperluan rakyat pada tahap terbaik
mungkin.
Bagi
menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu,
keluarga dan masyarakat berhak menikmati, antaranya persekitaran fizikal yang
baik. Manakala persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.
Sesungguhnya,
persekitaran sosial memainkan peranan penting dalam menjamin segala usaha
negara mencapai matlamat. Jika
persekitaran sosial rapuh dan dipenuhi nilai negatif, kehidupan rakyat berdepan
dengan masalah besar.
Oleh
itu, penekanan kepada pembinaan nilai-nilai hidup murni di kalangan rakyat
menjadi agenda utama negara. Penekanan
ini diberi khusus kepada golongan pelajar dan remaja yang bakal mengambil alih
kepimpinan negara pada masa depan.
Berdasarkan
itu, Individu tidak mengamalkan nilai-nilai hidup murni tidak layak memimpin
negara. Sekiranya tampuk kepimpinan
dipegang individu tidak berakhlak, negara bakal hancur dan seluruh sistem pentadbiran
negara tidak berfungsi dengan teratur.
Hilangnya
nilai-nilai hidup murni di kalangan pelajar dan remaja berpunca kurang
perhatian menyeluruh ibu bapa, masyarakat dan agensi pengawasan terhadap
pendidikan akhlak golongan itu.
Keadaan
bertambah gawat apabila orang dewasa sendiri ramai yang mengamalkan cara hidup
bertentangan dengan kehendak agama dan keperluan sosial. Apa dilakukan orang dewasa menjadi ikutan
kepada golongan pelajar dan remaja.
Kini,
senarai kesalahan moral pelajar dan remaja semakin panjang. Kesalahan akhlak golongan itu sudah setaraf
kesalahan jenayah orang dewasa. Bahkan,
perkara yang dilakukan orang dewasa, turut dicuba pelajar dan remaja. Fenomena ini memberi gambaran bahawa pelajar
berpotensi melakukan apa saja kesalahan seperti orang dewasa.
Jika
fenomena ini tidak dibendung, pada dekad akan datang negara akan dikuasai oleh
rakyat tidak mempunyai nilai-nilai hidup murni.
No comments:
Post a Comment