Anugerah pendengaran adalah antara paling kerap disebut dalam
al-Quran baik dari segi penciptaannya mahupun kegunaannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian Dia menyempurnakan
kejadiannya serta meniupkan padanya roh ciptaan-Nya dan Dia mengurniakan kepada
kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur,
tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” (Surah as-Sajdah, ayat 9)
Tanda syukur dengan nikmat pendengaran boleh dizahirkan dengan dua
cara iaitu zahir dan rohani. Bersyukur secara zahir ialah dengan menjaga
keselamatan dan fungsi telinga.
Organ telinga agak sensitif dan mudah rosak. Jadi kita perlu mengelak daripada perbuatan
atau perbuatan yang boleh menyebabkan ia rosak.
Manakala kesyukuran nikmat pendengaran secara rohani pula ialah
menggunakannya untuk tujuan kebaikan.
Pendengaran adalah pancaindera untuk berkomunikasi selain penggunaan
mulut.
Kita dapat memahami perkataan yang diucapkan oleh individu
lain. Komunikasi itu seharusnya perkara
yang mendatangkan kebaikan seperti mendengar kalimah suci, memberi ilmu
pengetahuan dan rezeki yang halal.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Supaya Kami jadikan peristiwa
itu peringatan bagi kamu dan supaya diperhatikan oleh telinga yang mahu
mendengar.” (Surah al-Haqqah, ayat 12)
Mereka yang bersyukur dengan nikmat pendengaran akan berusaha
mengelak daripada mendengar sesuatu yang buruk.
Suara atau bunyian yang melalaikan serta berunsur dosa hendaklah
dihalang daripada memasuki telinga.
Antara suara yang mesti dielakkan ialah yang berunsurkan umpat
keji, celaan terhadap orang lain, ungkapan berbau adu domba, tuduhan dan
fitnah.
Sesungguhnya
mereke yang lebih suka menggunakan pendengaran untuk perkara buruk dan mengelak
diri untuk mendengar serta mematuhi perintah Allah SWT, maka mereka itu adalah
mereka yang hina dan lalai daripada melakukan amanah yang dipertanggungjawbkan.
No comments:
Post a Comment