Wednesday 30 December 2020

BUAH SUSU RASA LEMAK MANIS

Buah susu dahulunya banyak ditanam di laman rumah. Sebab itu, generasi dahulu banyak yang ada pengalaman makan buah susu. Paling diingati pengalaman begayut di pokok susu untuk mendapatkan buahnya.

Pokok susu besar merimbun dan tinggi. Jadi sesuai sangat dijadikan pokok teduhan di laman rumah, di samping mendapat hasilnya. Namun sekarang ini pokok susu boleh dikategorikan sebagai pokok nadir atau yang semakin sukar ditemui.

Pokok susu juga dikenali epal susu. Ada juga yang mengenalinya sebagai buah susu vietnam, caimito atau star apple. Pokok susu dikatakan berasal dari Mexico atau Amerika Tengah.

Ketinggian pokok susu boleh mencapai 20 meter jika membesar secara maksimun. Pokok buah susu boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Akan berbuah selepas 5 hingga 6 tahun.

Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Ukuran buah susu sebesar bola tenis. Buah susu ketika muda berwarna hijau dan bertukar purple apabila sudah matang. Isinya berwarna putih.

Buah susu sesuai dimakan segar. Isinya rasa lemak manis dan berjelly. Sedap dimakan jika dicampurkan dengan susu pekat untuk menambah rasa. Agaknya itulah sebab mengapa ia dikenali dengan nama buah susu. Selain itu ia juga sesuai dijadikan puding, sup dan aiskrim.  

1 comment: