Kampung Lulut terletak dalam mukim Kuala
Sungai, daerah Bertam, jajahan Gua Musang, Kelantan. Sebuah kampung terpencil
di pinggir Sungai Nenggiri.
Perhubungan utama ke Kampunt Lulut ialah
melalui jalan air dari Bertam Baru atau jeti lain yang berada berhampiran. Masa
perjalanan menggunakan bot dari jeti di Bertam Baru ke jeti di Kampung Sungai
ialah kira-kira 10 hingga 15 minit.
Cara lain untuk ke Kampung Lulut ialah
melalui jalan darat belum berturap di sepanjang Ladang Kelapa Sawit Serasa dari
Cabang Felda Chiku di Jalan Kuala Krai-Gua Musang. Jarak lebih kurang 25 kilometer, dengan jalan tidak berturap kira-kira 22 kilometer. Masa perjalanan lebih kurang satu jam dan lebih lama jika tidak biasa menggunakan jalan tersebut.
Kampung Lulut dipercayai dibuka sebelum
kemerdekaan negara oleh Yasok bin Che Kar bersama-sama sanak saudara yang
berasal dari Pasir Mas. Mereka membuka tanah penempatan baharu untuk tempat
tinggal dan membuka kebun.
Pada masa dahulu, pengangkutan utama dari
Kuala Krai menggunakan bot panjang menyusul Sungai Kelantan sebelum memasuki Sungai
Nenggiri dapan melalui beberapa penempatan lain seperti Kampung Bahagia,
Kampung Mambung, Kampung Tualang dan Kampung Kemubu. Pengangkutan kereta api
juga menjadi pilihan sebelum meneruskan perjalanan menggunakan bot sebelum
sampai di Kampung Lulut.
Pada masa darurat, penduduk Kampung Lulut
sering menjadi sasaran pengganas komunis sehingga hampir mematahka semangat penduduk
untuk terus bertahan. Namun, dengan kecekalan hati, penduduk asal Kampung Lulut
terus membangunkan kampung sehingga kekal didiami sehingga kini oleh keturunan peneroka
awal.
Di Kampung Lulut terdapat kemudahan sekolah
rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai dan Klinik Desa Kuala Sungai. Penempatan
adalah secara berkelompok di mana kedudukan rumah adalah dekat antara satu sama
lain.
Biarpun banyak penduduk yang lebih gemar
berurusan di Bertam Lama untuk mendapat keperluan harian dengan menggunakan bot,
namun sekarang sudah banyak yang memilik kenderaan seperti kereta untuk terus
ke bandar Kuala Krai atau bandar Gua Musang, biarpun terpaksa melalui jalan
tidak berturap kawasan ladang kelapa sawit dan kampung.
Jeti di Bertam Baru
No comments:
Post a Comment