Satu
cara dilakukan Barat untuk menguasai umat Islam ialah dengan cara pembunuhan
karektor atau keupayaan seseorang pemimpin. Pemimpin umat Islam dibantu asalkan
mereka menuruti arahan yang diberikan. Pemimpin yang termakan budi dan ingin
terus berkuasa akan mengikuti apa sahaja yang diarahkan asalkan dapat berkuasa
dan terus berkuasa.
Akibat
keadaan itu, umat Islam diperlakukan sehingga hilang arah dan terpaksa mengikut
telunjuk Barat.
Pemimpin
Islam, terutama di negara miskin dan bergelolak, dipaksa menerima sistem
pemerintahan yang ditetapkan Barat. Jika tidak mengikut atau tunduk kepada
kehendak mereka, negara Islam berkenaan akan menerima pelbagai tekanan ekonomi
dan politik.
Memang
sukar untuk negara Islam menolak sepenuhnya hubungan dengan negara Barat kerana
mereka menguasai segenap bidang seperti eknomi, ketenteraan, pendidikan dan
sebagainya.
Tidak
dapat tidak, negara Islam 'wajib' mendapat bantuan dari negara Barat. Namun,
yang penting diingatkan jangan sampai menjadi hamba atau pak turut kepada
Barat. Jangan mudah hilang jati diri sehingga sanggup mengadaikan apa sahaja
demi kuasa dan kedudukan sebagai pemimpin terjamin.
Sikap
negara Barat umpama jari telunjuk lurus sedangkan jari kelingking berkait.
Mereka memberi kebaikan dan keuntungan kepada negara Islam, tetapi pada masa
sama ada perkara yang cuba dikuasai.
Jadi,
negara Islam perlu menerima apa yang baik, tetapi jangan sampai tergadai maruah
agama. Ambil yang baik, tolak perangkap atau umpan membinasakan.
Antara
perkara dilakukan Barat ialah mewujudkan kumpulan penentang dasar kerajaan.
Pelbagai helah dilakukan untuk menimbulkan rasa kebencian rakyat kepada
pemerintah. Dasar kerajaan yang menguntungkan rakyat dikatakan merugikan dan
menindas rakyat.
Rakyat
yang termakan hasutan akan berasa benci kepada kerajaan. Sokongan rakyat kepada
pemerintah berkurangan dan usaha menjatuhkan pemerintah akan berlaku.
Kekecewaan
rakyat terhadap pemimpin meningkat, gelombang demonstrasi menuntut hak terus
memuncak. Suasana politik menjadi tidak stabil dan seterusnya mengganggu
ekonomi.
Kemiskinan
meningkat dan kebencian terhadap kerajaan juga terus meningkat sehingga
kerajaan yang baik itu digulingkan dan digantikan dengan pemimpin boneka Barat.
Apabila
mereka menguasai pemimpin boneka, itu sudah disamakan dengan Barat telah
menjajah negara berkenaan. Apa sahaja dasar negara terpaksa mengikut telunjuk
Barat. Dasar itu tentunya merugikan umat Islam dan menguntungkan Barat.
Pemimpin yang menjadi boneka tidak peduli perkara itu asalkan dia kekal menjadi
pemimpin demi cita-cita dan kepuasan nafsu sendiri.
No comments:
Post a Comment