Dunia berubah dengan penciptaan terhebat pada abad ini ialah
telefon pintar. Kehidupan manusia berubah dalam banyak aspek dengan fenomina yang
tidak terfikir manusia hidup tiga dekad lalu.
Berdasarkan perubahan mendadak keupayaan telefon pintar sejak akhir-akhir
ini, kebanyakan pengguna tidak menjangkakan apa lagi kejutan akan terhasil melalui
gejat telefon pintar.
Telefon pada asal hanya medium untuk dua individu berkomunikasi, berkembang
menjadi 'pintar' membantu dan memudahkan banyak urusan kehidupan manusia.
Pendek kata, bersesuaian dengan gelaran yang diberikan, telefon
pintar mempunyai keupayaan dan potensi yang tidak terhad.
Telefon pintar sebenarnya satu peranti yang membantu kehidupan
manusia dengan menawarkan keupayaan tambahan melalui kecerdasan buatan atau
artificial inteligence (AI).
Ketika potensi penggunaan telefon sedang dipertingkat dan
diperkaya dengan segala macam aplikasi, sudah ada segelintir daripada kita yang
merasakan mereka seolah-olah ‘tidak boleh hidup’ tanpanya.
Daripada celik mata setiap hari sehingga memejam mata setiap
malam, telefon sentiasa dalam genggaman. Telefon menemani di tempat tidur sebagai
jam penggera.
Seseorang boleh pergi hingga beberapa ratus kilometer berhari-hari
tanpa membawa dompet wang yang mengandungi wang serta pelbagai jenis kad termasuk
kad ATM, lesen dan kad pengenalan.
Namun, manusia moden boleh jadi gila tanpa ada telefon pintar di sisinya.
Banyak perkara tidak menjadi tidak mampu diteruskan tanpa telefon pintar.
Masakakan tidak, jika dilihat di sekeliling kita, tanda-tanda
ketagihan ini kian nyata. Pantang ada detik yang terluang, tangan akan terus
menggenggam telefon dan mula bermain dengan apa juga aplikasi yang dipasang
pada gajet mereka.
Begitu juga dengan anak-anak atau ahli keluarga kita yang
terdekat. Mereka seolah-olah lebih rela menyendiri bersama peranti kesayangan
mereka yang bernama telefon pintar daripada berinteraksi sesama ahli keluarga.
Telefon kini bukan lagi memainkan peranan untuk dua individu
berkomunikasi, malah beratus orang boleh berinteraksi serentak dengan
menggunakan pelbagai aplikasi malah ia juga menjadi alat untuk menonton apa
juga yang diinginkan.
Persoalannya, bagaimana untuk memastikan ahli-ahli keluarga yang
terdekat tidak terjebak dengan gejala negatif akibat kemunculan atau penciptaan
gajet ini.
Gerbang yang boleh dibuka melalui gajet-gajet ini ke alam siber,
tersembunyi di dalamnya banyak perangkap yang boleh menjerumuskan mereka yang
asyik dan alpa untuk lemas malah juga menjadi sasaran golongan yang tidak
bertanggungjawab.
Paling ketara membimbangkan sekarang apabila telefon pintar telah dijadikan
alat menghuru hara dan 'membunuh' banyak orang tidak bersalah.
Kemudahan telefon pintar digunakan untuk menyebarkan fitnah, berita
palsu, ugutan dan pelbagai bentuk membawa keburukan.
Telefon pintar
untuk kebaikan bukannya menyebabkan keburukan. Jadilah seperti telefon yang
kita gelar pintar. Pengguna juga perlu pintar.
No comments:
Post a Comment