Friday, 24 April 2026

TARIKH KEMERDEKAAN IKUT NASIHAT ULAMA

 
Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 31 Ogos 1957, diputuskan oleh kepimpinan UMNO bersama pandangan tokoh agama.

Pandangan tokoh agama: Syeikh Abdullah Fahim, menasihatkan bahawa jika tidak dapat merdeka pada 31 Ogos 1957, tarikh terbaik seterusnya ialah lima tahun kemudian, iaitu 31 Ogos 1962.

Ia berdasarkan ilmu falak yang merujuk kepada tempoh "Am Khir Atana" (Tahun Baik Datang Kepada Kita). Tarikh ini dipersetujui British pada 20 Februari 1956.  

Anak kelahiran Makkah itu, mempunyai kemahiran dan penguasaan tinggi ilmu falak dengan gelaran Fahim berasal daripada kalimah Arab bermaksud seseorang berpengetahuan dan luas ilmunya.

Penguasaan ilmu falak sangat penting dalam Islam kerana ia menentukan arah kiblat, waktu solat dan keadaan anak bulan. Justeru, Sheikh Abdullah mengaplikasikan pengetahuan ilmu falak untuk menentukan tarikh kemerdekaan negara.

Sheikh Abdullah turut menasihati Tunku supaya berangkat menaiki kapal laut agar mempunyai masa mencukupi untuk berbincang sesama mereka dan pulang dengan kapal terbang supaya tiada siapa sempat mengubah fikiran terhadap keputusan dipersetujui.

Peranan ulama dalam penentuan ini mencerminkan bahawa perjalanan menuju kemerdekaan bukan sekadar usaha politik, tetapi turut dipandu oleh hikmah, ilmu dan nilai keagamaan.

Ia menjadi lambang kedaulatan dalam menetapkan hari kelahiran negara, serta mencerminkan kesepaduan antara kepimpinan dan panduan agama dalam membentuk masa depan tanah air.

No comments:

Post a Comment