Saturday, 31 January 2026

TANAH JERLUS 4 KM DI ITALI

 
Pada hari Ahad, 25 Januari 2026, dunia dikejutkan dengan satu visual bencana alam yang cukup mendebarkan. Bumi terbelah sepanjang 4 Kilometer. Kejadian jerlus berlaku di bandar Niscemi, Sicily, Itali. 

Tanah jerlus bukan kecil. Bukan tanah jerlus biasa. Kedalamnnya menyamai ketinggian bangunan 10 tingkat.
 
Pinggir kawasan perumahan terbenam ke bawah membentuk satu jurang sepanjang 4 kilomter.
 
Punca segala kemusnahan ini bermula apabila Badai Mediterranean Harry atau Cyclone Harry, telah membadai kawasan tersebut dengan hujan lebat yang luar biasa bermula pertengahan Januari.
 
Hujan yang turun tanpa henti selama berhari-hari itu telah memberi kesan kepada struktur tanah di Niscemi.
 
Air meresap masuk ke dalam tanah lalu menjadikan ia berat, tepu dan licin. Keadaan itu mula dikesan 16 Januari 2026 lagi.
 
Beberapa penduduk mula perasan ada retakan halus pada jalan raya. Ada yang perasan pintu rumah susah nak ditutup sebab bingkai pintu dah lari alignment.
 
Pihak berkuasa tempatan yang peka dengan perubahan geologi ini tidak menunggu lama.
Mereka tahu, retakan kecil di atas jalan adalah petanda pergerakan besar di bawah perut bumi.
 
Amaran demi amaran dikeluarkan pihak berkuasa.
 
Kemuncaknya berlaku selepas hujan lebat berterusan, tanah yang sudah tidak mampu menampung beban itu akhirnya jerlus. Secara perlahan-lahan, tebing bukit itu mula meluncur turun ke bawah.
 
Dalam masa yang singkat, landskap bandar itu berubah wajah sepenuhnya. Kawasan yang dulunya tanah rata, telah bertukar menjadi tebing curam.
 
Barisan rumah-rumah batu yang kukuh, kini berada betul-betul di hujung tebing. Ada rumah yang separuh daripada asas tapaknya sudah terkeluar dan tergantung di udara.
 
Jalan raya terputus dua. Tiang lampu senget. Paip air bawah tanah pecah, memuntahkan air yang memburukkan lagi keadaan runtuhan.
 
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa runtuhan ini melibatkan perimeter sepanjang 4 kilometer.
 
Ini adalah skala bencana yang sangat besar untuk sebuah kawasan berpenduduk. Kesan daripada kejadian ini, Niscemi bertukar menjadi "Bandar Hantu" di zon terjejas. Dianggarkan antara 1,000 hingga 1,500 penduduk terpaksa dipindahkan serta-merta.
 
Di sebalik kemusnahan harta benda ini, tiada korban nyawa. a adalah hasil daripada tindakan pantas pihak berkuasa dan kepatuhan penduduk terhadap arahan berpindah. gan.
 
Apabila retakan dikesan pada 16 Januari, mereka tidak tunggu kejadian tanah runtuh baru hendak berpindah. Mereka bertindak proaktif terus memindahkan penduduk.
 
Ini adalah satu pengajaran tentang pengurusan bencana. Jangan tunggu keadaan teruk baharu hendak bertindak.

No comments:

Post a Comment