Kenapa mesti berlawak dengan buat orang lain berasa malu dan hina? Tidak baik persenda orang lain, tambah lagi depan orang ramai.
Ada orang mempunyai tabiat
buruk suka persenda personaliti seseorang, seperti kepala botak, perut buncit
atau bagaimana orang itu berjalan. Ini satu perbuatan tidak manis atau bolehlah
juga dianggap satu kelakuan biadab.
Kalau orang dewasa
berkelakuan sebegini, kemungkinan kanak-kanak pun boleh terikut.
Sabda Rasulullah SAW
bermaksud: "Bukanlah seorang mukmin itu seorang yang suka mencela, tidak pula
seseorang yang suka melaknat, bukan seorang yang keji dan kotor
ucapannya." (Hadis riwayat Bukhari).
Keadaan sebegini begitu
terpapar di kaca televisyen, di mana dengan tujuan untuk mencapai peratus
populariti yang tinggi, program sitkom televisyen menggunakan strategi ini.
Mungkin boleh dilupakan
sahaja jika ianya berlaku sekali dua. Tapi bila tabiat mempersendakan atau
perlekeh orang lain menjadi terlampau kerap hingga bertukar kepada satu budaya,
ia boleh menjadi satu perkara yang amat memualkan.
Sudah sampai masanya
dihentikan tabiat mempersenda atau memalukan orang lain hanya semata-mata untuk
satu situasi kelakar.
Bila ini berlaku, ia bukan
satu jenaka lagi. Ia menjadi satu kebosanan sehingga menjemukan bila kita
tengok dan dengar pelakon komedi membuat jenaka di kaca televisyen.
Ini memanglah tidak wajar.
Niat asalnya memang baik, iaitu hanya untuk mendapat gelak ketawa. Tapi ia
boleh bertukar menjadi sensitif, lebih-lebih lagi dalam satu negara yang
mempunyai rakyat berbilang kaum.
Bagaimana nak capai
toleransi bila kita asyik mempersendakan cara orang dari kaum lain bertutur
bahasa kita. Ini tidak betul. Kita mesti hentikan senda gurauan yang tidak
sihat ini.
Seakan menjadi satu trend
pula sejak kebelakangan ini apabila satu demi satu aksi meniru gaya seseorang
dengan tujuan untuk berlawak. Aksi berkenaan lebih popular dengan istilah
parodi.
Parodi atau parody dalam
bahasa Inggeris, ungkapan berasal daripada perkataan Greek, turut memberikan
kesan tersendiri selain daripada tujuan hiburan.
Aksi parodi yang dilakukan terhadap penyanyi atau selebriti, contohnya, diakui
berperanan sebagai ejen promosi yang baik dan mampu membantu kerjaya seseorang
artis.
Bagaimanapun, parodi tidak perlu berlebih-lebih dan mesti
mempunyai batasan. Aksi yang dilakukan tidak perlu keterlaluan atau bersifat
sinis kerana ia hanya menyebabkan pihak yang dijadikan bahan lawak tidak selesa
dan boleh menimbulkan pertelagahan.
Menyatakan keburukan oang
lain boleh dianggap sebagai perbuatan mengumpat. Dosa mengumpat dikira dosa
besar. Jadi, berhati-hati agar kita tidak melakukan kesalahan mengumpat.
Cari atau lakukan perbuatan lain yang lebih sesuai untuk bergembira yang
terhindar perbuatan dosa dan boleh mencetusakan keadaan tidak baik.
Tentu sekali kita tidak
mahu orang lain menghina, perli, merendahkan martabat dan memainkan sifat atau
fizikal kita. Jadi sebagai permulaan kita dahulu tidak melakukan perbuatan itu.
Gambar sebelum hiking Bukit Gua Kambing tiada kaitan dengan tulisan ini. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment